Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2011

KEPENTINGAN IKLIM SEKOLAH YANG POSITIF

Definisi iklim sekolah yang positif Ciri-ciri sekolah seperti struktur fizikal bangunan dan interaksi antara pelajar dan guru-guru merupakan dua faktor besar yang mempengaruhi dan membantu dalam member takrifan terhadap konsep iklim sekolah yang sangat luas ini. Iklim sekolah telah dikaji oleh para pengkaji beberapa tahun yang lalu dan masih lagi berterusan untuk dikenalpasti dan diperhalusi lagi sebagai satu keputusan yang signifikan yang mempengaruhi hasil-hasil dalam bidang pendidikan. Halpin dan Croft (1963) yang merupakan perintis dalam kajian iklim sekolah mengatakan bahawa iklim sekolah menggambarkan personaliti seseorang individu sendiri dan bagaimana guru tersebut berusaha untuk mencapai tahap organisasi iklim sekolah berkenaan. Seterusnya, Howard (1974) mendeļ¬nisikan iklim sekolah sebagai keadaan sosial dan budaya sekolah itu yang mempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya. Pusat Perkembangan Kurikulum (1981) mendeļ¬nisikan iklim sekolah sebagai suasana sekolah yan

PROGRAM PERKEMBANGAN STAF

Program perkembangan staf merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada sekolah yang berkesan dan berjaya. Walau bagaimanapun, kebanyakan program perkembangan staf tidak diterima dengan baik oleh para guru. Apakah punca-punca yang menyebabkan guru tidak berminat mengikuti program perkembangan staf? Cadangkan dua program perkembangan staf yang dirasakan akan memberi manfaat kepada para guru pada peringkat sekolah.      Perkembangan staf merupakan merupakan salah satu aspek penting di dalam pengurusan sumber manusia sesbuah organisasi terutamanya pihak sekolah. Guru-guru merupakan sumber paling utama dalam menentukan kejayaan dan kecemrlangan sesebuah sekolah. Perkembangan staf merupakan suatu proses pertumbuhan secara profesional dan berterusan sejajar dengan pekembangan semasa di dalam dunia pendidikan kini yang menuntut suatu paradigma yang hebat daripada pihak guru untuk terus mengekalkan tahap profesionalisma keguruan di mata masyarakat. Proses perkembangan staf melibatka

PENGURUSAN STRATEGIK DAN IKLIM SEKOLAH MEMPENGARUHI KEPUASAN KERJA GURU

PENGENALAN Tugasan ini membincangkan mengenai perhubungan antara pengurusan strategik dan iklim sekolah terhadap kepuasan kerja. Di dalam tugasan ini, terdapat dua pembolehubah yang tidak bersandar iaitu pengurusan strategik dan iklim sekolah. Manakala, pembolehubah yang bersandar adalah kepuasan kerja guru. Perkaitan antara dua jenis pembolehubah ini dibaincangkan bagi melihat sama ada terdapat perhubungan yang signifikan ataupun tidak   2.0    KONSEP PENGURUSAN STRATEGIK 2.1    Definisi Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan strategik? Terdapat pelbagai definisi yang diberikan tentang konsep ini. Dua istilah penting di sini iaitu 'pengurusan' dan 'strategik' membawa pengertian yang mendalam dan penting di mana gabungan kedua-duanya pula menjelaskan proses pengurusan yang kritikal yang berlaku dalam mana-mana organisasi. Menurut Peter Drucker (1972), pengurusan ialah satu proses sosial yang dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli