Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2011

ARTICLE REVIEW: Tinjauan Ke atas Tahap Penerimaan ICT di Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Di Malaysia.

TAJUK: Tinjauan Ke atas Tahap Penerimaan ICT di Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Di Malaysia.   Latar Belakang Kajian Pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) ialah nama rasmi bagi satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan Bahasa Inggeris menggantikan Bahasa Melayu sebagai bahan perantara mata pelajaran sains dan matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar ini diperkenalkan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohammad pada tahun 2003. Dalam perlaksanaan PPSMI ini, bukan hanya kecekapan guru-guru dalam bidang bahasa yang dituntut, tetapi juga dari segi penggunaan peralatan ICT secara meluas. Ini termasuklah penggunaan laptop, projektor LCD, troli dengan speaker serta sistem UBS. Selain itu, penggunaan perisian seperti 'power point' 'flash' dan 'courseware' interaktif telah digunakan untuk menyokong proses P&P bagi mata pelajaran matematik dan sains. Perlaksanaan PPSMI ini melibatkan

KEPIMPINAN BERKHIDMAT DAN IMPAKNYA TERHADAP SUBORDINAT DAN PENCAPAIAN ORGANISASI

PENGENALAN 1.1 DEFINISI KEPIMPINAN BERKHIDMAT Pemimpin berkhidmat: seorang yang mendahulukan khidmat, bertanggungjawab dan menyumbang terhadap kesejahteraan manusia dan masyarakat. melihat kepada keperluan manusia dan menyoalkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah serta meningkatkan perkembangan kendiri. memberi fokus kepada manusia kerana hanya manusia yang bahagia dan bermotivasi dapat mencapai target dan memenuhi jangkaan yang diharapkan 'Servant leadership' merupakan suatu falsafah dan amalan di dalam kepimpinan yang dikemukakan oleh Robert K. Greenleaf (dilahirkan pada 1904 di Terre Haute, Indiana; meninggal dunia pada1990) 'Servant-leaders' berkhidmat kepada organisasi dengan memberikan keutamaan kepada keperluan subordinat 'Servant-leaders' dilihat sebagai ketua yang merendah diri di dalam pentadbiran sumber sesebuah organisasi. (Sumber : manusia, kewangan dan fizikal) ' JOURNEY TO THE EAST' HERMAN HESSE (1956/2000). Kisah sekumpulan pengembara

Article review

Tajuk Jurnal: Slovak High School Students' Attitudes To ICT Using In Biology Lesson Oleh: Milan Kubiatko (Faculty of Education, Masaryk University, Educational Research Centre, Porici 31, 603 00 Brno, Czech Republic) dan Zuzana Haláková (Faculty of Natural Sciences, Comenius University, Department of Didactic in Sciences, Psychology and Pedagogy, Mlynská dolina, 842 15 Bratislava 4, Slovakia) Latar Belakang Kajian Penggunaan ICT (Information And Communication Technologies) pada masa kini adalah secara intensif. ICT digunakan secara meluas di dalam kehidupan seharian manusia termasuklah juga dalam bidang pendidikan. Osborne and Hennessy (2001) melaporkan bahawa ICT telah berjaya meningkatkan keberkesanan di dalam penyampaian maklumat dan merangsang minat pelajar untuk belajar. Slovakia merupakan salah sebuah negara membangun yang mengaplikasikan penggunaan komputer dan ICT di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). ramai yang berminat dan tidak kurang

ciri empati dan kepentingan ciri tersebut untuk diamalkan oleh pemimpin di sekolah.

Pengenalan     Greenleaf (1977) merupakan orang yang telah memperkenalkan konsep kepimpinan berkhidmat di dalam penulisan kaitan kepimpinan. Menurut beliau, konsep kepimpinan berkhidmat bermula daripada perasaan semula jadi pemimpin untuk memberi khidmat terlebih dahulu kepada kakitangan. Spears (2002) mendefinisikan kepimpinan berkhidmat sebagai gaya kepimpinan yang berasaskan kerja berpasukan, perasaan kemasyarakatan, membuat keputusan bersama, tingkah laku yang beretika mulia, penyayang dan memberi perhatian terhadap pembangunan manusia. Menurut Spears (2004), kekuatan kepimpinan berkhidmat adalah kerana ianya menggalakkan setiap orang untuk mencari secara aktif peluang-peluang untuk berkhidmat dan memimpin orang lain, seterusnya menyediakan potensi untuk meninggikan kualiti kehidupan melalui masyarakat. Daripada penelitian yang dibuat ke atas penulisan asal Robert K. Greenleaf, Spear (1998) telah mengemukakan 10 ciri-ciri yang penting bagi pembangunan pemimpin berkhidmat iaitu: me