Skip to main content

Posts

Article review

Tajuk Jurnal: Slovak High School Students' Attitudes To ICT Using In Biology Lesson Oleh: Milan Kubiatko (Faculty of Education, Masaryk University, Educational Research Centre, Porici 31, 603 00 Brno, Czech Republic) dan Zuzana Haláková (Faculty of Natural Sciences, Comenius University, Department of Didactic in Sciences, Psychology and Pedagogy, Mlynská dolina, 842 15 Bratislava 4, Slovakia) Latar Belakang Kajian Penggunaan ICT (Information And Communication Technologies) pada masa kini adalah secara intensif. ICT digunakan secara meluas di dalam kehidupan seharian manusia termasuklah juga dalam bidang pendidikan. Osborne and Hennessy (2001) melaporkan bahawa ICT telah berjaya meningkatkan keberkesanan di dalam penyampaian maklumat dan merangsang minat pelajar untuk belajar. Slovakia merupakan salah sebuah negara membangun yang mengaplikasikan penggunaan komputer dan ICT di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). ramai yang berminat dan tidak kurang...

ciri empati dan kepentingan ciri tersebut untuk diamalkan oleh pemimpin di sekolah.

Pengenalan     Greenleaf (1977) merupakan orang yang telah memperkenalkan konsep kepimpinan berkhidmat di dalam penulisan kaitan kepimpinan. Menurut beliau, konsep kepimpinan berkhidmat bermula daripada perasaan semula jadi pemimpin untuk memberi khidmat terlebih dahulu kepada kakitangan. Spears (2002) mendefinisikan kepimpinan berkhidmat sebagai gaya kepimpinan yang berasaskan kerja berpasukan, perasaan kemasyarakatan, membuat keputusan bersama, tingkah laku yang beretika mulia, penyayang dan memberi perhatian terhadap pembangunan manusia. Menurut Spears (2004), kekuatan kepimpinan berkhidmat adalah kerana ianya menggalakkan setiap orang untuk mencari secara aktif peluang-peluang untuk berkhidmat dan memimpin orang lain, seterusnya menyediakan potensi untuk meninggikan kualiti kehidupan melalui masyarakat. Daripada penelitian yang dibuat ke atas penulisan asal Robert K. Greenleaf, Spear (1998) telah mengemukakan 10 ciri-ciri yang penting bagi pembangunan pemimpin berkhidmat iaitu: me...

SERVANT LEADERSHIP DAN IMPAKNYA TERHADAP TINGKAHLAKU SUBORDINAT DAN PENCAPAIAN ORGANISASI

  SERVANT LEADERSHIP DAN IMPAKNYA TERHADAP TINGKAHLAKU SUBORDINAT DAN PENCAPAIAN ORGANISASI   FOCUS PERBINCANGAN PENGENALAN 'Servant leadership' merupakan suatu falsafah dan amalan di dalam kepimpinan yang dikemukakan oleh Robert K. Greenleaf (dilahirkan pada 1904 di Terre Haute, Indiana; meninggal dunia pada1990) 'Servant-leaders' berkhidmat kepada organisasi dengan memberikan keutamaan kepada keperluan subordinat 'Servant-leaders' dilihat sebagai ketua yang merendah diri di dalam pentadbiran sumber sesebuah organisasi. (Sumber : manusia, kewangan dan fizikal)   DEFINISI KEPIMPINAN BERKHIDMAT Pemimpin berkhidmat: seorang yang mendahulukan khidmat, bertanggungjawab dan menyumbang terhadap kesejahteraan manusia dan masyarakat. melihat kepada keperluan manusia dan menyoalkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah serta meningkatkan perkembangan kendiri. memberi fokus kepada manusia kerana hanya manusia yang bahagia dan bermotivasi dapat mencapai t...

KEPENTINGAN IKLIM SEKOLAH YANG POSITIF

Definisi iklim sekolah yang positif Ciri-ciri sekolah seperti struktur fizikal bangunan dan interaksi antara pelajar dan guru-guru merupakan dua faktor besar yang mempengaruhi dan membantu dalam member takrifan terhadap konsep iklim sekolah yang sangat luas ini. Iklim sekolah telah dikaji oleh para pengkaji beberapa tahun yang lalu dan masih lagi berterusan untuk dikenalpasti dan diperhalusi lagi sebagai satu keputusan yang signifikan yang mempengaruhi hasil-hasil dalam bidang pendidikan. Halpin dan Croft (1963) yang merupakan perintis dalam kajian iklim sekolah mengatakan bahawa iklim sekolah menggambarkan personaliti seseorang individu sendiri dan bagaimana guru tersebut berusaha untuk mencapai tahap organisasi iklim sekolah berkenaan. Seterusnya, Howard (1974) mendefinisikan iklim sekolah sebagai keadaan sosial dan budaya sekolah itu yang mempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya. Pusat Perkembangan Kurikulum (1981) mendefinisikan iklim sekolah sebagai suasana sekolah yan...

PROGRAM PERKEMBANGAN STAF

Program perkembangan staf merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada sekolah yang berkesan dan berjaya. Walau bagaimanapun, kebanyakan program perkembangan staf tidak diterima dengan baik oleh para guru. Apakah punca-punca yang menyebabkan guru tidak berminat mengikuti program perkembangan staf? Cadangkan dua program perkembangan staf yang dirasakan akan memberi manfaat kepada para guru pada peringkat sekolah.      Perkembangan staf merupakan merupakan salah satu aspek penting di dalam pengurusan sumber manusia sesbuah organisasi terutamanya pihak sekolah. Guru-guru merupakan sumber paling utama dalam menentukan kejayaan dan kecemrlangan sesebuah sekolah. Perkembangan staf merupakan suatu proses pertumbuhan secara profesional dan berterusan sejajar dengan pekembangan semasa di dalam dunia pendidikan kini yang menuntut suatu paradigma yang hebat daripada pihak guru untuk terus mengekalkan tahap profesionalisma keguruan di mata masyarakat. Proses perkembangan staf melibatka...