PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR
PELAJAR-PELAJAR PERSATUAN SAINS SMK SULTAN YAHYA PETRA 1
KE IPOH DAN TAIPING PADA 7-9 APRIL 2011
- PENDAHULUAN
Lawatan sambil belajar pelajar-pelajar Persatuan Sains SMK Sultan Yahya Petra 1, Kelantan ke Ipoh dan Taiping, Perak terdiri daripada 30 orang pelajar dan 3 orang guru sains. Matlamat Persatuan Sains ini diperkenalkan di SMK Sultan Yahya Petra 1 adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai minat yang tinggi di dalam bidang sains, seterusnya dapat memberikan pendedahan tentang kerjaya di dalam bidang sains dan teknologi.
Dalam usaha mencapai matlamat ini, Persatuan Sains mengambil inisiatif untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke beberapa tempat yang menarik dan sesuai dengan bidang sains dan teknologi. Oleh yang demikian, Institut Penyelidikan Veterinar, Jabatan Geosains dan Mineral serta Bukit Merah Resort menjadi destinasi pilihan kerana terdapat pelbagai contoh yang boleh memberikan pengetahuan serta pengalaman baru dalam bidang zoology, bioteknologi dan geologi yang melibatkan pengetahuan yang khusus tentang mata pelajaran Biology, Fizik dan Kimia.
- OBJEKTIF LAWATAN
- Memberikan pendedahan dan pendekatan yang lebih luas kepada pelajar dalam bidang sains dan teknologi .
- Memberi peluang kepada pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan untuk melahirkan pelajar yang berpengetahuan, kreatif dan inovatif dalam merebut peluang kerjaya dalam bidang ini
- Melahirkan pelajar yang berilmu dan berketrampilan dalam bidang sains serta teknologi
- TARIKH, MASA DAN TEMPAT LAWATAN
Tarikh : 7-9 April 2011
Masa : 7.30 pagi – 7.30 malam
Tempat :Ipoh dan Taiping, Perak Darul Rizuan
- SASARAN
Pelajar-pelajar Persatuan Sains SMK Sultan Yahya Petra 1, Kelantan ( tingkatan 4 dan 5 ).
Pelajar = 30 orang
Guru sains = 3 orang
Pembantu makmal = 2 orang
Jumlah Peserta = 35 orang
- KANDUNGAN PROGRAM LAWATAN
- Pendedahan tentang kerjaya dan melanjutkan pelajaran
- Menambahkan pengetahuan dalam bidang ini.
- Pendedahan tentang kerjaya dan melanjutkan pelajaran
- AGENSI TERLIBAT
Institut Penyelidikan Veterinar, Jabatan Mineral dan Geosains Perak serta Bukit Merah Conservation of Orang utan.
- SUMBER KEWANGAN
7.1 Yuran pelajar RM 50.00 X 30 orang = RM 1,500.00
7.2 Peruntukan Wang Saku Pelajar RM 15.00 X 30 orang = RM 300.00
7.3 Derma Perseorangan = RM 400.00
Jumlah = RM 2,200.00
- ANGGARAN PERBELANJAAN
8.1 Makan dan minum RM 30.00 X 30 orang = RM 900.00
8.2 Anggaran tiket masuk (pelajar) RM 35.00 X 30 orang = RM 850.00
8.3 Tempahan T-Shirt RM12.00 X 30 orang = RM 450.00
Jumlah = RM 2,200.00
- PENUTUP
Oleh itu, Persatuan Sains SMK Sultan Yahya Petra 1 berharap agar segala usaha dan perancangan yang dilakukan untuk menjayakan program lawatan sambil belajar ke Ipoh dan Taiping, Perak ini mendapat kerjasama yang sewajarnya daripada pihak-pihak yang terlibat dan aktiviti-aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan lancar. Semoga dengan adanya lawatan ini dapat memberi manfaat kepada pelajar-pelajar di samping membuka ruang yang lebih luas kepada pelajar dalam bidang sains dan teknologi ini.
Disediakan oleh: Disahkan oleh:
……………………………………… ……………………………………
( SITI SHAMZELA BT SHAHMAN ) (KOMARUDIN BIN ABDULLAH)
Guru Pembimbing, Pengetua,
Persatuan Sains, SMK Sultan Yahya Petra 1,
SMK Sultan Yahya Petra 1. 18000 Kuala Krai, Kelantan.
Bertarikh : 1 March 2011
KERTAS KERJA
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR
PELAJAR-PELAJAR PERSATUAN SAINS
SMK SULTAN YAHYA PETRA 1
KE PERAK
TARIKH: 7-9 APRIL 2011
ANJURAN
PANITIA SAINS
SMK SULTAN YAHYA PETRA 1 2011
may i share your working paper. i think its very useful to me.
ReplyDeletethanks. :)
assalamualaikum cikgu'terima aksih atas perkongsian ilmu dan pengalaman
ReplyDeletememberikan odea kepada saya semoga Allah emrahmati perkongsian ilmu cikgu sebagai ilmu bermanfaat amin