Skip to main content

KEPENTINGAN IKLIM SEKOLAH YANG POSITIF

Definisi iklim sekolah yang positif

Ciri-ciri sekolah seperti struktur fizikal bangunan dan interaksi antara pelajar dan guru-guru merupakan dua faktor besar yang mempengaruhi dan membantu dalam member takrifan terhadap konsep iklim sekolah yang sangat luas ini. Iklim sekolah telah dikaji oleh para pengkaji beberapa tahun yang lalu dan masih lagi berterusan untuk dikenalpasti dan diperhalusi lagi sebagai satu keputusan yang signifikan yang mempengaruhi hasil-hasil dalam bidang pendidikan.

Halpin dan Croft (1963) yang merupakan perintis dalam kajian iklim sekolah mengatakan bahawa iklim sekolah menggambarkan personaliti seseorang individu sendiri dan bagaimana guru tersebut berusaha untuk mencapai tahap organisasi iklim sekolah berkenaan. Seterusnya, Howard (1974) mendeļ¬nisikan iklim sekolah sebagai keadaan sosial dan budaya sekolah itu yang mempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya. Pusat Perkembangan Kurikulum (1981) mendeļ¬nisikan iklim sekolah sebagai suasana sekolah yang baik di mana keadaan persekitarannya dirasakan selesa, tenteram, mesra, riang dengan pembelajaran yang lancar. Para pengkaji telah mengenalpasti faktor-faktor berikut dapat mempengaruhi iklim sekolah:

  1. Bilangan dan kualiti perhubungan antara orang dewasa dan para pelajar (Kupermine, Leadbeater dan Blatt, 2001)
  2. Persepsi pelajar terhadap dan guru terhadap persekitaran sekolah,atau personaliti sekolah (Johnson, Johnson dan Zimmerman,1996)
  3. Faktor-faktor persekitaran (seperti keadaan fizikal bangunan dan bilik darjah serta bahan-bahan yang digunakan)
  4. Pencapaian akademik (Johnson & Johnson, 1993)
  5. Perasaan terhadap keselamatan dan saiz sekolah (Freiberg, 1998)
  6. Perasaan terhadap kepercayaan dan hormat antara pelajar dan guru (Manning and Saddlemire, 1996)

Jelasnya, iklim sekolah adalah suatu dimensi pelbagai yang mempengaruhi banyak individu termasuklah para pelajar, ibubapa, para pentadbir dan komuniti. Iklim sekolah secara signifikannya dapat memberi impak kepada persekitaran dalam pendidikan. Freiberg (1998) menyatakan "iklim sekolah boleh menjadi satu pengruh yang positif yang member kesan terhadap persekitaran pembelajaran yang sihat" (p.22). Walaupun istilah iklim sekolah yang luas ini telah dikaji selama beberapa tahun, namun takrifan yang tepat tentang iklim sekolah masih lagi tidak dapat dirumuskan secara lebih spesifik.


 

Ciri-ciri iklim sekolah yang positif

Banyak pengkaji telah membuat pengukuran terhadap iklim sekolah. Penilaian-penilaian ini mengambil kira pelbagai faktor di dalam system persekolahan dengan menggunakan pengukuran secara langsung seperti soal selidik dan temuramah serta pengukuran secara tidak langsung seperti tahap disiplin dan rekod kedatangan (Freiberg, 1998). Soal selidik " The School Climate Survey" mengandungi tujuh dimensi terhadap iklim sekolah dan memberikan persepsi pelajar terhadap bidang-bidang seperti pencapaian motivasi, keadilan, arahan dan disiplin, penglibatan ibu bapa, perkongsian sumber, hubungan sesama pelajar dan hubungan pelajar dan guru (Hayness, Emmons and Comer, 1993). Pengukuran yang lain terhadap iklim sekolah telah banyak dikaji antaranya adalah "The Organisational Climate Index"(Hoy, Smith dan Sweetland, 2002) dan "Organizational Climate Description Questionaire" (Halpin and Croft, 1963). Mengikut Halpin dan Croft (1963), iklim sekolah yang berkesan mempunyai ciri-ciri seperti guru-guru merasa selamat, berpuas hati dan berkeyakinan; guru-guru tidak rasa tertekan dan mengambil perhatian tentang kemajuan murid-muridnya; pengetua merasa penuh yakin terhadap kerjanya, serta bertimbang rasa; dan pelajar merasa selamat dan belajar bersungguh-sungguh.

Sesebuah sekolah berkesan daripada kaca mata Islam pula tidak sempurna sekiranya tidak wujud suasana keagamaan (iklim dini) di sekolah, khususnya jika majoriti warga sekolah sama ada pelajar, guru dan kakitangannya adalah beragama Islam. Ini bertepatan dengan pandangan Rosnani dalam muqaddimah buku Ali Mohammed (2002:x) yang mengatakan bahawa sesebuah sekolah bukan sahaja perlu efektif, tetapi yang lebih penting ialah bagaimana guru dan pelajarnya yang kuat pegangan agama Islam berusaha untuk membawa sekolah berkenaan ke puncak kejayaan. Menurut Fathiah (2005), suasana sekolah yang mencerminkan ciri keislahan yang sebenar, boleh menyediakan persekitaran harmoni dan melahirkan kasih sayang, hormat menghormati serta pelaksanaan aktiviti pendidikan yang membawa kepada kejayaan sahsiah dan pencapaian murid-murid.


 

Kepentingan Iklim Sekolah Yang Positif

    Kajian telah menunjukkan bahawa iklim sekolah dapat mempengaruhi banyak perkara yang melibatkan ahli-ahli organisasi sekolah. Sebagai contohnya, iklim sekolah yang positif telah dikaitkan dengan pengurangan masalah tingkahlaku dan emosi pelajar (Kupermine et al, 1997). Tambahan pula, kajian yang lebih spesifik terhadap sekolah yang berada di kawasan bandar yang berisiko tinggi menunjukkan bahawa iklim sekolah yang positif, saling bekerjasama dan kesedaran terhadap budaya sekolah dapat memberikan kesan secara signifikan terhadap pencapaian akademik di kalangan pelajar bandar (Hayness & Comer,1993). Ini menunjukkan bahawa bahawa sekolah yang beriklim positif dapat menghasilkan pelajar yang mempunyai jati diri dan kemahiran bersosial yang baik di samping menyediakan suasana pembelajaran yang sihat. Ini dapat dibuktikan oleh kajian yang dijalankan oleh Hayness, 1998. Beliau mendapati bahawa iklim sekolah yang positif menjadi faktor pelindung terhadap pelajar-pelajar lelaki dan boleh menyediakan kepada pelajar yang bermasalah (high risk students) persekitaran pembelajaran yang menyumbang kepada perkembangan yang sihat seterusnya dapat mengelakkan tingkah laku antisosial di kalangan mereka.

Perhubungan interpersonal yang positif dan peluang pembelajaran yang optimum terhadap para pelajar di dalam semua persekitaran yang positif dapat meningkatkan aras pencapaian pelajar dan mengurangkan Tingkahlaku Maladaptive (McEvoy & Welker, 2000). Jelas menunjukkan bahawa sekolah yang beriklim positif bukan sahaja dapat menyediakan prasarana yang kondusif, tetapi dapat membina keperibadian pelajar yang cemerlang.

Iklim sekolah boleh menyumbang kepada peningkatan motivasi dan kepuasan kerja guru-guru dan staf. Berdasarkan peranan yang dimainkan oleh guru-guru dan pihak pentadbir, Taylor dan Tashakkori (1995) mendapati iklim sekolah yang positif berkaitan dengan peningkatan kepuasan kerja bagi kakitangan sekolah.

Persepsi pelajar adalah penting sepanjang pertukaran sekolah. Contohnya di Malaysia, pertukaran daripada murid darjah 6 ke tingkatan 1. Kemasukan ke sekolah baru merupakan perkara yang ditakuti oleh pelajar dan boleh mempengaruhi persepsi pelajar dan dan hasil pembelajaran. Oleh sebab itu, kajian telah menunjukkan bahawa menyediakan suatu sekolah yang beriklim positif sangat penting dalam melicinkan dan memudahkan proses pertukaran ke sekolah baru (Freiberg, 1998).

Iklim sekolah juga dapat memainkan peranan yang signifikan di dalam menyediakan atmosfera sekolah yang positif dan sihat. Freiberg,1998 menyatakan "interaksi antara pelbagai faktor sekolah dan iklim bilik darjah dapat mewujudkan suatu sistem sokongan yang yang membolehkan semua pelajar dan guru dapat menjalani proses pengajaran dan pembelajaran yang optimum" (p.22).

Kesimpulannya, telah dapat dibuktikan bahawa iklim sekolah yang sihat dapat menghasilkan pendidikan dan objektif yang positif kepada pelajar dan guru serta kakitangan sekolah. Dengan kata lainnnya, iklim negatif dapat menghindari daripada berlakunya pengajaran dan pembelajaran berkembang secara optimum terhadap semua pihak (Freiberg, 1998; Johnson & Johnson, 1993, 1997; Kuperminc et al., 1997; Kuperminc, Leadbeater & Blatt, 2001; Manning & Saddlemire, 1996).


 


 

Kesimpulan

Sesebuah sekolah dapat memperbaiki iklim sekolah yang sedia ada kearah yang lebih positif. Ini dapat dijalankan dengan mempertimbangkan perkara-perkara berikut:

  1. Melaksanakan ciri-ciri pendidikan berasaskan nilai-nilai moral seperti pendekatan budaya Islam
  2. Peningkatan penyertaan ibu bapa dan komuniti
  3. Guru dan pengetua melayan pelajar secara adil, saksama dan hormat
  4. Menyediakan persekitaran yang selamat dan sihat (Harris and Lowey, 2002)
  5. Elakkan tindakan membuli (Peterson and Skiba, 2001)

Justeru itu, iklim sekolah perlu disepadukan antara iklim yang bersifat disiplin dalaman (nilai kerohanian) seperti penerapan nilai keagamaan dalam kehidupan seharian di sekolah dan iklim bersifat luaran seperti persekitaran sekolah yang bersih dan cantik serta hubungan komunikasi yang baik. Dengan kesepaduan iklim-iklim ini, pihak sekolah bukan sahaja mampu mewujudkan suasana motivasi pembelajaran tinggi, tetapi juga berjaya menghasilkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah.

RUJUKAN

Freiberg, H. J. (1998). Measuring school climate: let me count the ways. Educational

Leadership, 56(1), 22-26.

Halpin, A.W. & Croft D.B. 1963. The organizational climate of school. Chicago: Midwest

Administration Center, University Of Chicago.

Howard, E.R. 1974. School climate improvement. Education Digest 39 (8): 333-336.

Haynes, N. M. (1998). Creating safe and caring school communities: Comer school

     development program schools. Journal of Negro Education, 65, 308-314.

Haynes, N. M., & Comer, J. P. (1993). The Yale school development program process,

    outcomes, and policy implications. Urban Education, 28(2), 166-199.

Haynes, N. M., Emmons, C., & Comer, J. P. (1993). Elementary and middle school

    climate survey. New Haven, CT. Yale University Child Study Center.

Hoy, W. K., Smith, P. A., & Sweetland, S. R. (2002). The development of the organizational

climate index for high schools: its measure and relationship to faculty trust. The High School Journal,86(2), 38-49.

Johnson, W. L., & Johnson, M. (1993). validity of the quality of school life scale: a

    primary and second-order factor analysis. Educational & Psychological

Measurement, 53(1), 145-153.

Johnson, W. L., Johnson, A. M., & Zimmerman, K., (1996). Assessing school climate

    priorities: A Texas study. The Clearing House, 70(2), 64-66.

Kuperminc, G. P., Leadbeater, B. J., Emmons, C., & Blatt, S. J. (1997). Perceived school

    climate and difficulties in the social adjustment of middle school students.

Applied Developmental Science, 1(2), 76-88.

Manning, M. L., & Saddlemire, R. (1996). Developing a sense of community in

    secondary schools.
National Association of Secondary School Principals. NASSP

    Bulletin, 80(584), 41-48.

McEvoy, A., & Welker, R. (2000). Antisocial Behavior, Academic Failure, And School

    Climate: A Critical Review. Journal of Emotional and Behavioral Disorders, 8(3), 130-

140.

Comments

Popular posts from this blog

KERTAS KERJA PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR-PELAJAR PERSATUAN SAINS SMK SULTAN YAHYA PETRA 1 KE IPOH DAN TAIPING PADA 7-9 APRIL 2011   PENDAHULUAN Lawatan sambil belajar pelajar-pelajar Persatuan Sains SMK Sultan Yahya Petra 1, Kelantan ke Ipoh dan Taiping, Perak terdiri daripada 30 orang pelajar dan 3 orang guru sains. Matlamat Persatuan Sains ini diperkenalkan di SMK Sultan Yahya Petra 1 adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai minat yang tinggi di dalam bidang sains, seterusnya dapat memberikan pendedahan tentang kerjaya di dalam bidang sains dan teknologi.   Dalam usaha mencapai matlamat ini, Persatuan Sains mengambil inisiatif untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke beberapa tempat yang menarik dan sesuai dengan bidang sains dan teknologi. Oleh yang demikian, Institut Penyelidikan Veterinar, Jabatan Geosains dan Mineral serta Bukit Merah Resort menjadi destinasi pilihan kerana terdapat pelbagai contoh yang boleh memberikan pengetahuan serta pengalaman baru dalam bidan

PENGURUSAN STRATEGIK DAN IKLIM SEKOLAH MEMPENGARUHI KEPUASAN KERJA GURU

PENGENALAN Tugasan ini membincangkan mengenai perhubungan antara pengurusan strategik dan iklim sekolah terhadap kepuasan kerja. Di dalam tugasan ini, terdapat dua pembolehubah yang tidak bersandar iaitu pengurusan strategik dan iklim sekolah. Manakala, pembolehubah yang bersandar adalah kepuasan kerja guru. Perkaitan antara dua jenis pembolehubah ini dibaincangkan bagi melihat sama ada terdapat perhubungan yang signifikan ataupun tidak   2.0    KONSEP PENGURUSAN STRATEGIK 2.1    Definisi Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan strategik? Terdapat pelbagai definisi yang diberikan tentang konsep ini. Dua istilah penting di sini iaitu 'pengurusan' dan 'strategik' membawa pengertian yang mendalam dan penting di mana gabungan kedua-duanya pula menjelaskan proses pengurusan yang kritikal yang berlaku dalam mana-mana organisasi. Menurut Peter Drucker (1972), pengurusan ialah satu proses sosial yang dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli