Program perkembangan staf merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada sekolah yang berkesan dan berjaya. Walau bagaimanapun, kebanyakan program perkembangan staf tidak diterima dengan baik oleh para guru. Apakah punca-punca yang menyebabkan guru tidak berminat mengikuti program perkembangan staf? Cadangkan dua program perkembangan staf yang dirasakan akan memberi manfaat kepada para guru pada peringkat sekolah.
Perkembangan staf merupakan merupakan salah satu aspek penting di dalam pengurusan sumber manusia sesbuah organisasi terutamanya pihak sekolah. Guru-guru merupakan sumber paling utama dalam menentukan kejayaan dan kecemrlangan sesebuah sekolah. Perkembangan staf merupakan suatu proses pertumbuhan secara profesional dan berterusan sejajar dengan pekembangan semasa di dalam dunia pendidikan kini yang menuntut suatu paradigma yang hebat daripada pihak guru untuk terus mengekalkan tahap profesionalisma keguruan di mata masyarakat. Proses perkembangan staf melibatkan beberapa langkah berikut:
- Mengenalpasti keperluan ( determine needs)
- Mengenalpasti objektif (establish objectives)
- Memilih kaedah (select methods)
- Melaksanakan program (implement programs)
- Menilai program yang dilaksankan (evaluate programs)
Berdasarkan kajian keperluan yang telah dijalankan di MRSM Kuala Krai, Kelantan, dapat dilihat bahawa pihak guru memberikan maklum balas yang baik terhadap program perkembangan staf yang dicadangkan. Sikap guru-guru yang sentiasa positif dan bersedia untuk membuat penambahbaikan terhadap profesionalime mereka. Borang kajian keperluan diedarkan kepada 10 guru dan dianalisis mengikut skala keperluan yang diberikan di dalam borang berkenaan. Hasil yang diperolehi mendapati bahawa guru-guru MRSM Kuala Krai memerlukan program yang dapat memperbaiki kemahiran interpersonal di dalam perucapan umum dan kemahiran intrapersonal iaitu pembentukan individu yang cemerlang dan positif.
Dua program perkembangan staf yang menepati penguasaan kemahiran interpersonal dan intrapersonal yang dipilih ialah Kursus Kemahiran Perucapan Awam dan Kursus Pembinaan Sikap Positif Dan Personaliti Guru yang Cemerlang.
- KURSUS PERUCAPAN AWAM
Nama Program: Kursus Perucapan Awam Guru-Guru MRSM Kuala Krai, Kelantan.
Matlamat program
: Membantu guru-guru meningkatkan kemahiran dalam berucap di hadapan khalayak ramai tugas terutamanya ketika menyampaikan taklimat dan menyuarakan pendapat di dalam mesyuarat
Objektif Program: Pada akhir kursus, guru-guru akan dapat menguasai:
- Penilaian tahap persediaan diri dan menangani darah gemuruh
- Kaedah berfikir secara spontan
- Tatacara penyusunan ucapan
- Body language semasa perucapan awam
- Teknik kepelbagaian suara
- Kaedah penyampaian menggunakan alat bantuan.
Tempoh: 1 hari
Tarikh: 14 Mei 2011 (Sabtu)
Tempat: Dewan Seri MARA, MRSM Kuala Krai, Kelantan.
Sasaran: Semua guru MRSM Kuala Krai, Kelantan.
Kos: RM 1000.00
Penceramah: Tn. Hj. Taifor Bin Muhammad, Kaunselor Cemerlang, PPD Machang
Pengisian Program: Kursus ini merangkumi tajuk-tajuk berikut:
- Modul 1 - Pengenalan Pengucapan Awam
- Menilai tahap persediaan diri
- Ciri-ciri ucapan yang baik
- Menguasai darah gemuruh
- Modul 2 - Ucapan Spontan
- Kaedah berfikir dan berucap secara spontan
- Modul 3 - Penyusunan Ucapan
- Tatacara penyusunan ucapan
- Modul 4 - Gerakan Badan
- Gerakan badan (body language) semasa perucapan awam
- Modul 5 - Kepelbagaian Suara
- Teknik kepelbagaian suara dan intonasi
- Modul 6 - Penggunaan Alat Bantu Semasa Perucapan Awam
- Kaedah penyediaan dan penyampaian menggunakan powerpoint, flipchart dan lain-lain .
Tentatif Program: 8.00 – 8.30 pg : Pendaftaran peserta
9.00-10.00 pg : Modul 1
10.00-10.30 pg : Persegaran / minum pagi
10.30-11.30 pg: Modul 2 & 3
11.45-12.30 tgh: Makan tengahari
12.30-1.30 tgh: Modul 4 & 5
1.30-2.00 ptg: solat zuhur
2.00-4.00 ptg: Modul 6 & amali
Metodologi Program: Syarahan, Perbincangan, Main Peranan dan Amali
KPI Program: KPI (Key Performance Index ) program dapat dilihat melalui:
- Guru membuat penyampaian taklimat semasa mesyuarat dengan penih yakin dan berkesan
- Maklumat yang disampaikan dan pendapat yang diutarakan semasa mesyuarat dapat difahami dan diterima dengan mudah.
Pelan Operasi Program:
Langkah | Proses Kerja | Tanggungjawab | KPI | Sasaran | Status/Pelan Kontigensi |
1 | Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana: -Bentang kertas kerja -Lantikan J/Kuasa -Tetapkan tarikh -Anggaran kos -Aggihan tugas | Pengetua GPK HEM | Bilangan Mesyuarat | 1 kali/program | Agihkan Kertas Kerja kepada Jawatankuasa yang dilantik |
2 | Taklimat kepada peserta (guru) | Kaunselor | Bilangan Taklimat % Bilangan hadir | 1 kali 100% | Edarkan surat pemberitahuan |
3 | Surat jemputan kepada penceramah jemputan/luar (Penceramah: Tn. Hj. Taifor Bin Muhammad, Kaunselor Cemerlang, PPD Machang) | Kaunselor | tempoh masa | 1 minggu | |
4 | Penyediaan bahan ( seperti yang dimohon oleh penceramah) | Jawatankuasa kerja | tempoh masa | 1 minggu sebelum program | |
5 | Penyediaan tempat dan peralatan | Jawatankuasa kerja | tempoh masa | 1 hari sebelum program | |
6 | Pelaksanaan Program | Jawatankuasa Pelaksana | tempoh masa | 2 jam/program | |
7 | Penilaian,Pelaporan dan Post Mortem | Setiausaha Kaunselor | Bilangan penilaian (pencapaian objektif) Bil. tempoh masa | 1 kali
1 hari |
- KURSUS PEMBINAAN SIKAP POSITIF DAN PERSONALITI GURU CEMERLANG
Nama Program: Kursus Pembinaan Sikap Positif Dan Personaliti Guru yang Cemerlang.
Matlamat program : Matlamat program ini meliputi:
- Menilai kekuatan dan kelemahan individu dan seterusnya membentuk personaliti pekerja yang cemerlang Membincangkan dan mengetahui mengenai matlamat kehidupan insan dan bagaimana menterjemahkannya dalam kehidupan kerjaya di dalam sesebuah organisasi
- Membincangkan serta menganalisis isu-isu berkaitan dengan pembinaan keyakinan diri, membentuk wawasan dan pemikiran positif
Objektif Program: Pada akhir kursus, guru-guru akan dapat menguasai:
- memahami konsep pengurusan dan kepimpinan diri;
- menghayati nilai murni semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab; dan
- meningkatkan kemahiran untuk menangani cabaran yang tidak menentu.
Tempoh: 1 hari
Tarikh: 16 Julai 2011 (Sabtu)
Tempat: Dewan Seri MARA, MRSM Kuala Krai, Kelantan.
Sasaran: Semua guru MRSM Kuala Krai, Kelantan.
Kos: RM 1000.00
Penceramah: En. Abdullah Bin Zakaria, Jurulatih Utama Kaunselor, PPD Kota Bharu, Kelantan
Pengisian Program: Kursus ini merangkumi tajuk-tajuk berikut:
- Slot 1: Motivasi dan Potensi Diri
- Slot 2: Pengurusan Diri
- Slot 3: Kecemerlangan Diri
- Slot 4: Keterampilan dan Keperibadian Unggul
- Slot 5: Analisis Keperluan Perubahan ke Arah Kecemerlangan
- Slot 6: Kepimpinan Berkesan
- Slot 7: Nilai dan Etika Penjawat Awam
- Slot 8: Pengurusan Sumber Manusia
Tentatif Program: 8.00 – 8.30 pg : Pendaftaran peserta
9.00-10.00 pg : Slot 1, 2 & 3
10.00-10.30 pg : Persegaran / minum pagi
10.30-11.30 pg: Slot 4 & 5
11.45-12.30 tgh: Makan tengahari
12.30-1.30 tgh: Slot 6 & 7
1.30-2.00 ptg: solat zuhur
2.00-4.00 ptg: Slot 8 & amali
Metodologi Program: Syarahan, Perbincangan dan Amali
KPI Program: KPI (Key Performance Index ) program dapat dilihat melalui:
- Ketepatan guru dalam pengurusan masa pengajaran dan pembelajaran bertambah baik
- Guru mempamerkan sikap kerjasama yang tinggi dalam setiap program peningkatan kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar.
- Profesionalisme guru di dalam bidang masing-masing meningkat
Pelan Operasi Program:
Langkah | Proses Kerja | Tanggungjawab | KPI | Sasaran | Status/Pelan Kontigensi |
1 | Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana: -Bentang kertas kerja -Lantikan J/Kuasa -Tetapkan tarikh -Anggaran kos -Aggihan tugas | Pengetua GPK HEM | Bilangan Mesyuarat | 1 kali/program | Agihkan Kertas Kerja kepada Jawatankuasa yang dilantik |
2 | Taklimat kepada peserta (guru) | Kaunselor | Bilangan Taklimat % Bilangan hadir | 1 kali 100% | Edarkan surat pemberitahuan |
3 | Surat jemputan kepada penceramah jemputan/luar (Penceramah: En. Abdullah Bin Zakaria, Jurulatih Utama Kaunselor, PPD Kota Bharu, Kelantan) | Kaunselor | tempoh masa | 1 minggu | |
4 | Penyediaan bahan ( seperti yang dimohon oleh penceramah) | Jawatankuasa kerja | tempoh masa | 1 minggu sebelum program | |
5 | Penyediaan tempat dan peralatan | Jawatankuasa kerja | tempoh masa | 1 hari sebelum program | |
6 | Pelaksanaan Program | Jawatankuasa Pelaksana | tempoh masa | 2 jam/program | |
7 | Penilaian,Pelaporan dan Post Mortem | Setiausaha Kaunselor | Bilangan penilaian (pencapaian objektif) Bil. tempoh masa | 1 kali
1 hari |
PENILAIAN PROGRAM
Setiap program yang dijalankan perlu dilakukan penilaian bagi melihat keberkesanan program kepada para peserta. Pada akhir program, para peserta diminta mengisi borang penilaian program dan dihantar kepada urusetia pelaksana. Contoh borang yang digunakan adalah seperti di dalam lampiran.
MOHON COPY UTK RUJUKAN..TQ
ReplyDelete