Tajuk Jurnal: The Effect Of Company Size On The Relationship Between TQM Strategy And Organizational Performance Oleh: Milé Terziouski dan Danny Samson Department Of Management, Monash University, Australia Department Of Management, University Of Melbourne, Australia Daripada pembacaan yang dibuat, pernyataan masalah tidak dinyatakan dengan jelas. Tetapi, dapat dilihat daripada bab pengenalan yang dibuat oleh pengkaji. Pengkaji mengkaji kesan saiz syarikat terhadap perhubungan antara strategi TQM dan prestasi organisasi kerana masih terdapat kekeliruan, kekecewaan dan keadaan yang tidak pasti untuk mengaplikasikan peranan serta nilai perniagaan di dalam TQM. Kajian ini juga dilakukan berdasarkan pelbagai tinjauan literatur sebelumnya yang menunjukkan hasil kajian yang sangat berbeza-beza di dalam pencapaian pelaksanaan TQM. kajian ini dijalankan untuk menunjukkan jurang dan percanggahan yang terdapat di dalam tinjauan literatur sebelumnya. Ini dicapai dengan menyiasat perk...