Tajuk Jurnal: Total Quality Management (TQM) Of Teaching And Learning
Total Quality Management (TQM) Of Teaching And Learning adalah jurnal yang ditulis oleh John F. Chizmer. Ianya telah diterbitkan pada 19/01/2009 oleh Hendref Publication melalui sumber " The Journal Of Economic Education, Vol.25, No 2 (Spring, 1994), pp.179-190". Di dalam jurnal ini, John F Chizmer memfokuskan kepada fungsi pengurusan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Susunan idea di dalam jurnal ini adalah berkait dengan TQM di dalam industri, model-model TQM untuk pengajaran dan pembelajaran, pendekatan pelajar sebagai pelanggan dan pendekatan pelajar sebagai pekerja.
Pengkaji mengemukakan permasalahan tentang bagaimana guru mengajar dan bagaimana mereka menguruskan apa yang dipelajari oleh pelajar bagi memenuhi aspek TQM. Daripada permasalahan ini, dapat dilihat bahawa konsep utama yang dicadangkan oleh penulis adalah perkaitan antara TQM ( pembolehubah tidak bersandar) dengan proses pengajaran dan pembelajaran (pembolehubah tidak bersandar). Permasalahan yang dikemukakan adalah jelas bagi mengkaji perkaitan antara kedua-dua aspek. Bagi mencapai matlamat ini, penulis telah mencadangkan penggunaan idea-idea TQM daripada beberapa orang penyelidik yang bersesuaian seperti W. Edward Deming, Joseph M Juran, George box, Genichi Taguchi dan Kaoru Ishikawa. John F. Chizmer menggunakan konsep TQM di dalam industri untuk diaplikasikan kepada bidang pendidikan.
Persoalan yang dikemukakan oleh penulis adalah rasional dengan konsep dan idea-idea TQM. Di dalam industri, TQM adalah satu falsafah pengurusan yang melibatkan transformasi sesuatu produk dan juga proses-proses yang terlibat. TQM memberikan tumpuan kepada keperluan pelanggan dan memerlukan proses pengumpulan maklumat dan data yang relevan secara berterusan. Ia juga memerlukan suatu anjakan paradigma (paradigm shift) yang menghasilkan satu budaya baru di dalam sesebuah organisasi. Pada pembacaan saya, konsep TQM di dalam industri ini amat bersesuaian jika diaplikasikan ke bidang pendidikan. Ini kerana di dalam pengajaran dan pembelajaran juga adalah satu proses memenuhi keperluan pelajar disamping pengumpulan data secara berterusan terhadap prestasi pelajar
Permasalahan yang dikemukan memberi kesan yang ketara terhadap transformasi budaya sekolah melalui model TQM. Penulis menekankan kepada strategi pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan pelajar secara aktif di dalam pembelajaran mereka sendiri melalui komuniti pembelajaran dan peningkatan kerjasama antara semua pihak. Model TQM di dalam pengajaran dan pembelajaran pula bercirikan penambahbaikan yang berterusan, penilaian maklum balas yang bijak, memberi kuasa kepada guru dan pelajar serta kerjasama yang sentiasa ada di dalam sesebuah organisasi pendidikan.
Terdapat kajian literasi yang dibuat oleh John F. Chizmer dari aspek ekonomi. Literasi yang diperkenalkan oleh Kelly (1968) ini menggunakan Strategi TIPS (Teaching Information Rocessing System). Strategi ini menggunakan kaedah berkala penskoran berkomputer, tiada penggredan pelajar dan soal selidik untuk mengumpul reaksi daripada para pelajar terhadap bahan-bahan kursus termasuk kuliah dan bahan bacaan. Strategi TIPS didapati tidak relevant untuk memenuhi kriteria ke empat yang diberikan oleh Cross dan Angelo (1988). Menurut Cross dan Angelo, kriteria ini menetapkan bahawa sesuatu penilaian mestilah mudah untuk disediakan dan digunakan. Pengkaji juga mencadangkan penggunaan teknik yang dianggap lebih baik berasaskan prinsip-prinsip kualiti yang dikenali sebagai "one-minute paper".
Satu lagi kajian literasi dibuat ke atas kaedah pembentukan kumpulan kualiti (quality circle) yang dilaporkan oleh Hirshfield (1984), Kogut (1984), Cross dan Angelo (1988) serta Hau (1991). Dalam teknik ini, pelajar memperoleh kemahiran membuat keputusan dan bekerjasama di dalam kumpulan. Kedua-dua literasi ini adalah relevan kepada persoalan yang dikemukakan oleh penulis.
Hypothesis tidak dinyatakan dengan jelas perkaitan antara dua pembolehubah iaitu tentang fungsi pengurusan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Tiada strategi yang khusus dinyatakan untuk melaksanakan TQM di dalam pengajaran dan pembelajaran. Cuma dinyatakan secara umum tentang model TQM yang menekankan penglibatan secara aktif pelajar dalam dalam pembelajaran mereka melalui pengwujudan komuniti pembelajaran dan peningkatan kerjasama daripada semua pihak. Tidak terdapat juga bukti secara statistik tentang kesan pelaksaaan TQM di dalam pengajaran dan pembelajaran.
Are operational definitions provided?
Di dalam bab " TQM In Industry", John F. Chizmer telah mendefinisikan TQM sebagai satu falsafah pengurusan yang melibatkan transformasi produk dan proses yang terlibat. TQM menekankan kepada keperluan pelanggan dan memerlukan pengumpulan data secara berterusan bagi penambahbaikan. John F. Chizmer telah mengaitkan konsep transformasi kepada 14 prinsip yang dikemukakan oleh Deming (1986, 23-24). Definisi secara operasi tidak didapati di dalam kajian ini kerana tidak dikemukakan kaedah pengumpulan data yang spesifik bagi mengukur tahap keberkesanan pelaksanaan TQM di dalam pengajaran dan pembelajaran.
John F. Chizmer tidak menerangkan kaedah secara terperinci tentang perlaksanaan kaedah terperinci bagi mengukur keberkesanan pelaksanaan TQM di dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh kerana TQM menekankan aspek memberikan kuasa kepada pelajar, pengkaji telah menyarankan beberapa kaedah iaitu 'one-minute paper' dan pembentukan 'quality circle'. Kaedah perlaksanaan dua kaedah tersebut dinyatakan secara ringkas. One-minute paper dijalankan terhadap 24 orang pelajar dan mengambil masa 30 minit selepas setiap kelas dilaksanakan. Kaedah quality circle pula dilaksanakan terhadap dua kelas yang mempunyai enrolment 24 orang. Perjumpaan dengan kumpulan kualiti akan dilakukan selama sejam bagi setiap minggu. Tanpa pembentangan secara statistik, tidak dapat dilihat keberkesanan TQM yang dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menjawab persoalan yang dikemukakan.
Tiada spesifikasi tentang jumlah dan kategori sampel yang dikaji. Pengkaji hanya menyatakan sampel terdiri daripada pelajar-pelajar beliau sendiri di Illinois State University, Amerika Syarikat. Pelajar-pelajar ini diberikan teknik 'one-minute test' dan pembentukan kumpulan kualiti (Quality circle) yang menghasilkan respon positif terhadap pengurusan bilik darjah.
Sumber yang berkemungkinan menjadi kesalahan bagi kajian ini adalah sampel yang digunakan. Sampel yang dipilih terhad kepada sekumpulan kecil sahaja tanpa mengaplikasikan teknik 'one-minute test' dan 'quality circle' kepada pelajar-pelajar daripada lain-lain institusi. Pengkaji menggunakan sampel pelajar ini sebagai pemboleh ubah yang dikawal (controlled variable).
Kajian ini tidak melibatkan pengumpulan data tentang sampel yang diambil. Jadi, ia tidak melibatkan teknik statistik bagi menganalisa data yang dipersembahkan. Pengkaji hanya memberikan cadangan terhadap penggunaan teknik-teknik bagi pengurusan bilik darjah berdasarkan maklum balas-maklum balas positif daripada sampel.
Keputusan kajian ditulis secara umum berdasarkan maklum balas-maklum balas positif pelajar. Ini menjadikan hasil kajian atau keputusan tidak jelas kerana tidak disokong oleh suatu analisa ke atas sesuatu data.
Kekangan terhadap kajian tidak dinyatakan dengan jelas oleh pengkaji. Menurut pengkaji, percubaan untuk memotivasikan pelajar dengan penegasan yang akan digunakan mereka atau kemahiran apabila mereka memasuki tenaga kerja gagal kerana kenyataan tersebut tidak berkaitan dengan permasalahan dan isu seharian pelajar. Pelajar tidak dimotivasikan dengan janji-janji yang kabur yang melambangkan masa depan yang tidak pasti. Ini bertepatan dengan kenyataan yang dikemukakan oleh seorang ahli falsafah Amerika, John Dewey iaitu "Education is the process of living and not a preparation for future living."
Kesimpulan daripada kajian ini dinyatakan dengan jelas. TQM atau Total Quality Management (pengurusan kualiti menyeluruh) adalah strategi pengurusan yang ditujukan untuk menanamkan kesedaran kualiti pada semua proses dalam organisasi. Sesuai dengan definisi dari ISO, TQM adalah suatu pendekatan pengurusan untuk suatu organisasi yang terpusat pada kualiti, berdasarkan penyertaan semua anggotanya dan bertujuan untuk kejayaan jangka panjang melalui kepuasan pelanggan serta memberi keuntungan untuk semua anggota dalam organisasi serta masyarakat. Di dalam artikel ini, penulis telah mengenal pasti ciri-ciri TQM di dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai satu model kerja berpasukan, memberi kuasa kepada semua pihak, mendapatkan maklum balas dan penambahbaikan secara berterusan. Bagaimanapun, tiada konsep pengajaran yang baru diperkenalkan oleh pengkaji. Pengkaji telah cuba menyatukan strategi pengajaran sedia ada dalam satu kaedah yang baru menggunakan TQM. Tiada data khas dikemukakan untuk menyokong kesimpulan yang dibuat oleh pengkaji. Pengkaji hanya memberikan keputusan dan kesimpulan secara umum sahaja.
Comments
Post a Comment