Skip to main content

SERVANT LEADERSHIP DAN IMPAKNYA TERHADAP TINGKAHLAKU SUBORDINAT DAN PENCAPAIAN ORGANISASI


 

SERVANT LEADERSHIP DAN IMPAKNYA TERHADAP TINGKAHLAKU SUBORDINAT DAN PENCAPAIAN ORGANISASI



 

FOCUS PERBINCANGAN


PENGENALAN

  • 'Servant leadership' merupakan suatu falsafah dan amalan di dalam kepimpinan yang dikemukakan oleh Robert K. Greenleaf (dilahirkan pada 1904 di Terre Haute, Indiana; meninggal dunia pada1990)
  • 'Servant-leaders' berkhidmat kepada organisasi dengan memberikan keutamaan kepada keperluan subordinat
  • 'Servant-leaders' dilihat sebagai ketua yang merendah diri di dalam pentadbiran sumber sesebuah organisasi. (Sumber : manusia, kewangan dan fizikal)


     


DEFINISI KEPIMPINAN BERKHIDMAT

Pemimpin berkhidmat:

  • seorang yang mendahulukan khidmat, bertanggungjawab dan menyumbang terhadap kesejahteraan manusia dan masyarakat.
  • melihat kepada keperluan manusia dan menyoalkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah serta meningkatkan perkembangan kendiri.
  • memberi fokus kepada manusia kerana hanya manusia yang bahagia dan bermotivasi dapat mencapai target dan memenuhi jangkaan yang diharapkan


 


 

10 CIRI PEMIMPIN BERKHIDMAT OLEH LARRY SPEARS (1998)

  1. Mendengar (listening)

    merujuk kepada mendengar dengan terbuka dan sepenuh perhatian terhadap apa yang diberitahu, iaitu mendengar suara hati seseorang.

  2. Empati (empathy)

    Mendengar secara aktif. Ini menjadikan pendengar yang empathetic juga menunjukkan penerimaan dan pemahaman terhadap subordinat.

  3. Pemulih (healing)

    Pemimpin yang menjadi penggerak kepada transformasi dan memperbaiki diri sendiri dan orang lain supaya kesatuan dapat dicapai.

  4. Kepekaan (awareness)

    Seorang pemimpin berkhidmat bukan hanya memahami situasi secara menyeluruh, tetapi juga memahami kemampuan yang dimilikinya.

  5. Kepercayaan (persuasion)

    Pemimpin berkhidmat dapat meyakinkan orang lain untuk mencapai persetujuan di kalangan ahli kumpulan. Mereka tidak menggunakan kuasa untuk pematuhan subordinat.

  6. Mengkonsepsikan (conceptualization)

    Pemimpin berkhidmat menunjukkan sistem pemikiran yang meluas dan "menyediakan konsep yang jelas terhadap sesebuah institusi" (p. 5).

  7. Berpandangan jauh (foresight)

    Pemimpin berkhidmat "memahami pengajaran dari perkara yang lampau, yang menjadi realiti kini dan kemungkinan kepada kepentingan pada masa hadapan" (p. 5).

  8. Pengawasan/ pengelolaan (stewardship)

    Ini berasaskan kepada konsep Peter Block. Beliau mendefinisikan pengawasan sebagai membentuk sesuatu institusi itu dengan kepercayaan untuk kesepaduan yang lebih baik. Pemimpin berkhidmat juga menekankan keperluan untuk memberi khidmat terhadap keperluan orang lain.

  9. Komitmen terhadap perkembangan subordinat (Commitment to the growth of people)

    Pemimpin berkhidmat menekankan kepada perkembangan dan kebajikan setiap orang dalam organisasi. Mereka mengambil tindakan secara konkrit untuk merangsang perkembangan subordinat.

  10. Membina komuniti (Building community)

    Pemimpin berkhidmat buka hanya membina suatu komuniti yang hanya bekerja untuk satu institusi sahaja, tetapi di dalam komuniti masyarakat yang lebih besar.


 

PERBANDINGAN ANTARA SERVANT LEADERSHIP DAN COMMAND LEADERSHIP

COMMAND LEADERSHIP

SERVANT LEADERSHIP

Objektif pemimpin adalah untuk diberi khidmat

Objektif pemimpin untuk memberi khidmat

Kepentingan utama dalam imej dan kemajuan. Imej dan kemajuan menjadi perkara utama dalam membuat keputusan

Mencari untuk meningkatkan potensi subordinat dengan tidak menghebohkan dan menyanjung orang lain

Hak istimewa dan jawatan adalah penting

Tanggungjawab lebih penting berbanding hak istimewa dan jawatan

Pekerja tidak terlibat dalam membuat keputusan

Pekerja terlibat dalam membuat keputusan

Hanya dilihat berdamping dengan pekerja atasan

Dilihat berdampingan dengan semua peringkat pekerja

Mahukan orang lain mendengar arahan ketua dahulu

Mahu mendengar kepada orang lain sebelum membuat keputusan

Menyalahkan orang lain atas kesalahan dan enggan menerima tanggungjawab sebagai tanda kelemahan

Menilai pekerja secara individu dan belajar dari kesilapan di samping memberi semangat kepada orang lain

Mahu difahami orang lain daripada untuk memahami

Mahu memahami daripada difahami oleh orang lain.

Keahlian pengikut adalah berdasarkan personaliti

Keahlian pengikut adalah berdasarkan ciri-ciri yang ada (characteristics)

Tidak melatih orang lain untuk bekerja dengan efektif

Menyediakan dan memberikan pandangan kepada orang lain untuk perkembangan mereka.


 

IMPAK KEPADA TINGKAHLAKU SUBORDINAT

  • Terdapat beberapa hasil kajian ilmiah yang kukuh terhadap hubungan di antara pelbagai perilaku pemimpin dan kepuasan (contohnya, Holdnak, Harsh, & Bushardt, 1993; Pool, 1997; Savery, 1994)
  • Kajian yang membandingkan kepuasan kerja dan persepsi terhadap kepimpinan berkhidmat mencadangkan pekerja akan mempunyai kepuasan kerja yang tinggi apabila mereka berada di dalam organisasi berkhidmat, (Laub, 1999)
  • Girard (2000) and Thompson (2003) menyatakan kepuasan kerja dan kepimpinan berkhidmat adalah berkait secara positif tetapi kajian ini tidak melibatkan pekerja yang bekerja mengikut jam tertentu.
  • Organisasi pada masa kini memerlukan pemimpin yang menggunakan kuasa mereka secara beretika dan positif serta memfokuskan pekerja.
  • Tambahan pula, Liden et al. (2000) menunjukkan bahawa organisasi yang mempunyai pemimpin yang mendahulukan pekerja mempunyai pekerja yang lebih berpuas hati, komited, dan melaksanakan tugas dengan lebih baik.
  • Pendekatan terkini kepimpinan berpusatkan manusia adalah kepimpinan berkhidmat (Servant Leadership). Gaya ini telah berkembang dan popular di kalangan perunding dan pengamalnya (Spears, 1998; Reinke, 2004).


 

IMPAK KEPADA PENCAPAIAN ORGANISASI

  • Kepuasan kerja juga berkait secara positif dengan komitmen organisasi dalam kajian ilmiah kepimpinan (contohnya, Bateman & Strasser, 1984; Brooke, Russell & Price, 1988; Mathieu & Zajac, 1990).
  • Tambahan pula, Brown dan Gaylor (2002); Curry, Wakefield, Price, and Mueller (1986); Farkas dan Tetrick (1989); Lance (1991); Vandenberg and Lance (1992); Williams dan Hazer (1986); dan mendapati hubungan yang bersebab di antara kepuasan kerja dan komitmen organisasi.
  • Secara teorinya, komitmen organisasi dilihat dapat memberi impak terhadap kepimpinan berkhidmat. Contohnya, Agarwal, DeCarlo, and Vyas (1999) mendapati sikap bertimbang rasa (satu komponen yang kuat di dalam kepimpinan berkhidmat) adalah berkait rapat secara positif dengan komitmen organisasi.
  • Lankau and Chung (1998) mendapati pemantauan adalah berkait rapat dengan komitmen dalam organisasi.
  • Banyak kajian mendapati terdapat satu hubungan yang positif di antara komitmen organisasi dan kepimpinan umum (Bateman & Strasser, 1984; Chieffo, 1991; Glisson & Durick, 1988; Kacmar, Carlson, & Brymer, 1999; Lok & Crawford, 2001); Loke, 2001; Yousef, 2000).


 

RUJUKAN

Agarwal, S., DeCarlo, T. E., & Vyas, S. B. (1999). Leadership behavior and organizational commitment: A comparative study of American and Indian salespersons. Journal of International Business Studies, 30(4), 727.

Girard, S. H. (2000). Servant leadership qualities exhibited by Illinois public school district superintendents. Dissertation, UMI No. 9973347, University, City, ST.

Greenleaf, R. K. (1970). The servant as leader. Indianapolis, ST: The Robert K. Greenleaf Center.

Greenleaf, R. K. (1977). Servant leadership: A journey into the nature of legitimate power and greatness. New York: Paulist Press.

Holdnak, B. J., Harsh, J., & Bushardt, S. C. (1993). An examination of leadership style and its relevance to shift work in an organizational setting. Health Care Management Review, 18, 21-23.

Lankau, M. J., & Chung, B. G. (1998). Mentoring for line-level employees. Cornell Hotel & Restaurant Administration Quarterly, 39(6), 14-20.

Laub, J. A. (1999). Assessing the servant organization: Development of the organizational leadership assessment (OLA) instrument. Unpublished Dissertation, Florida Atlantic University, Boca Raton.

Pool, S. W. (1997). The relationship of job satisfaction with substitutes of leadership, leadership behavior, and work motivation. The Journal of Psychology, 131(3), 271-284.

Savery, L. K. (1994). Attitudes at work: The influence of perceived style of leadership on a group of workers. Leadership and Organizational Development Journal, 15(4), 12-18.

Spears, L. C. (1995). Reflections on leadership: How Robert K. Greenleaf's theory of servant-leadership influenced today's top management thinkers. New York: John Wiley & Sons.

Stone, A. G., Russell, R. F., & Patterson, K. (2003). Transformational versus servant leadership - A difference in leader focus. Unpublished manuscript, Regent University, Virginia Beach, VA.

Thompson, R. S. (2003). The perception of servant leadership characteristics and job satisfaction in a church-related college. Unpublished dissertation, Indiana State University, Terre Haute, IN.

Yousef, D. A. (2000). Organizational commitment: A mediator of the relationships of leadership behavior with job satisfaction and performance in a non-western country. Journal of Managerial Psychology, 15(1), 6-29.


 


 


 


 

Comments

Popular posts from this blog

KERTAS KERJA PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR-PELAJAR PERSATUAN SAINS SMK SULTAN YAHYA PETRA 1 KE IPOH DAN TAIPING PADA 7-9 APRIL 2011   PENDAHULUAN Lawatan sambil belajar pelajar-pelajar Persatuan Sains SMK Sultan Yahya Petra 1, Kelantan ke Ipoh dan Taiping, Perak terdiri daripada 30 orang pelajar dan 3 orang guru sains. Matlamat Persatuan Sains ini diperkenalkan di SMK Sultan Yahya Petra 1 adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai minat yang tinggi di dalam bidang sains, seterusnya dapat memberikan pendedahan tentang kerjaya di dalam bidang sains dan teknologi.   Dalam usaha mencapai matlamat ini, Persatuan Sains mengambil inisiatif untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke beberapa tempat yang menarik dan sesuai dengan bidang sains dan teknologi. Oleh yang demikian, Institut Penyelidikan Veterinar, Jabatan Geosains dan Mineral serta Bukit Merah Resort menjadi destinasi pilihan kerana terdapat pelbagai contoh yang boleh memberikan pengetahuan serta pengalaman baru dalam bidan

KEPENTINGAN IKLIM SEKOLAH YANG POSITIF

Definisi iklim sekolah yang positif Ciri-ciri sekolah seperti struktur fizikal bangunan dan interaksi antara pelajar dan guru-guru merupakan dua faktor besar yang mempengaruhi dan membantu dalam member takrifan terhadap konsep iklim sekolah yang sangat luas ini. Iklim sekolah telah dikaji oleh para pengkaji beberapa tahun yang lalu dan masih lagi berterusan untuk dikenalpasti dan diperhalusi lagi sebagai satu keputusan yang signifikan yang mempengaruhi hasil-hasil dalam bidang pendidikan. Halpin dan Croft (1963) yang merupakan perintis dalam kajian iklim sekolah mengatakan bahawa iklim sekolah menggambarkan personaliti seseorang individu sendiri dan bagaimana guru tersebut berusaha untuk mencapai tahap organisasi iklim sekolah berkenaan. Seterusnya, Howard (1974) mendefinisikan iklim sekolah sebagai keadaan sosial dan budaya sekolah itu yang mempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya. Pusat Perkembangan Kurikulum (1981) mendefinisikan iklim sekolah sebagai suasana sekolah yan

PENGURUSAN STRATEGIK DAN IKLIM SEKOLAH MEMPENGARUHI KEPUASAN KERJA GURU

PENGENALAN Tugasan ini membincangkan mengenai perhubungan antara pengurusan strategik dan iklim sekolah terhadap kepuasan kerja. Di dalam tugasan ini, terdapat dua pembolehubah yang tidak bersandar iaitu pengurusan strategik dan iklim sekolah. Manakala, pembolehubah yang bersandar adalah kepuasan kerja guru. Perkaitan antara dua jenis pembolehubah ini dibaincangkan bagi melihat sama ada terdapat perhubungan yang signifikan ataupun tidak   2.0    KONSEP PENGURUSAN STRATEGIK 2.1    Definisi Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan strategik? Terdapat pelbagai definisi yang diberikan tentang konsep ini. Dua istilah penting di sini iaitu 'pengurusan' dan 'strategik' membawa pengertian yang mendalam dan penting di mana gabungan kedua-duanya pula menjelaskan proses pengurusan yang kritikal yang berlaku dalam mana-mana organisasi. Menurut Peter Drucker (1972), pengurusan ialah satu proses sosial yang dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli