Skip to main content

Posts

ARTICLE REVIEW FOR QUALITY IN EDUCATION 4

Tajuk Jurnal: The Effect Of Company Size On The Relationship Between TQM Strategy And Organizational Performance Oleh: MilĂ© Terziouski dan Danny Samson Department Of Management, Monash University, Australia Department Of Management, University Of Melbourne, Australia       Daripada pembacaan yang dibuat, pernyataan masalah tidak dinyatakan dengan jelas. Tetapi, dapat dilihat daripada bab pengenalan yang dibuat oleh pengkaji. Pengkaji mengkaji kesan saiz syarikat terhadap perhubungan antara strategi TQM dan prestasi organisasi kerana masih terdapat kekeliruan, kekecewaan dan keadaan yang tidak pasti untuk mengaplikasikan peranan serta nilai perniagaan di dalam TQM. Kajian ini juga dilakukan berdasarkan pelbagai tinjauan literatur sebelumnya yang menunjukkan hasil kajian yang sangat berbeza-beza di dalam pencapaian pelaksanaan TQM. kajian ini dijalankan untuk menunjukkan jurang dan percanggahan yang terdapat di dalam tinjauan literatur sebelumnya. Ini dicapai dengan menyiasat perk
Recent posts

ARTICLE REVIEW FOR QUALITY IN EDUCATION

Tajuk Jurnal: TAHAP KOMPETENSI JEMAAH NAZIR SEKOLAH DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEMAHIRAN MENILAI KUALITI PENGURUSAN SEKOLAH     Kajian ini telah dijalankan oleh Mohd Idrus Kadir, Mohammed Sani Ibrahim dan Jamil Ahmad . Ia diperolehi menerusi sumber Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah 187 . Kajian ini dijalankan oleh pengkaji bagi menentukan tahap kompetensi Jemaah Nazir Sekolah (JNS) dan hubungannya dengan kemahiran menilai kualiti pengurusan sekolah .     Pernyataan masalah dinyatakan dengan jelas. Persoalan yang dikemukakan adalah mengenai perhubungan antara tahap kompetensi Nazir Sekolah (NS) dengan aspek mengendali penaziran, aspek pengurusan sekolah, aspek jantina dan pengalaman, aspek kemahiran dan keyakinan peribadi serta mencari pemboleh ubah yang menyumbang kepada kemahiran dan keyakinan NS.         Secara teori, kajian ini mempunyai rasional secara teori kerana pengkaji telah memfokuskan kepada kepentingan kompetensi oleh Nazir Sekolah untuk menilai kualiti

ARTICLE REVIEW FOR QUALITY IN EDUCATION

Tajuk Jurnal: Kesan pengurusan kualiti terhadap prestasi perkhidmatan pihak berkuasa tempatan Oleh: Zulnaidi Yaacob Pusat Pengajian Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia Jurnal Kemanusiaan bil. 12, Disember 2008.       Daripada pembacaan yang dibuat, pengkaji telah menyatakan permasalahan dengan jelas sekali iaitu kesan perlaksaan Pengurusan Kualiti (PK) dalam kalangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Menurut pengkaji, amalan PK oleh sektor awam dijalankan secara serius bagi meningkatkan prestasi perkhidmatan sektor awam termasuk PBT ke tahap yang cemerlang. Walaupun telah dijalankan dalam tempoh lama, PBT masih menerima banyak kritikan terhadap prestasi perkhidmatan yang kurang memberangsangkan (Ibrahim dan Abd. Karim, 2004). Dalam kata lain, pelaksanaan PK oleh PBT seolah-olah tidak membawa manfaat seperti yang digambarkan dalam banyak literatur. Pengkaji mengutarakan persoalan adakah pelaksanaan PK dalam kalangan PBT di Malaysia tidak memberi kesan kepada tahap prestasi perkh

TQM OF TEACHING AND LEARNING

Tajuk Jurnal: Total Quality Management (TQM) Of Teaching And Learning     Total Quality Management (TQM) Of Teaching And Learning adalah jurnal yang ditulis oleh John F. Chizmer. Ianya telah diterbitkan pada 19/01/2009 oleh Hendref Publication melalui sumber " The Journal Of Economic Education, Vol.25, No 2 (Spring, 1994), pp.179-190". Di dalam jurnal ini, John F Chizmer memfokuskan kepada fungsi pengurusan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Susunan idea di dalam jurnal ini adalah berkait dengan TQM di dalam industri, model-model TQM untuk pengajaran dan pembelajaran, pendekatan pelajar sebagai pelanggan dan pendekatan pelajar sebagai pekerja.     Pengkaji mengemukakan permasalahan tentang bagaimana guru mengajar dan bagaimana mereka menguruskan apa yang dipelajari oleh pelajar bagi memenuhi aspek TQM. Daripada permasalahan ini, dapat dilihat bahawa konsep utama yang dicadangkan oleh penulis adalah perkaitan antara TQM ( pembolehubah tidak bersandar) dengan proses p

ARTICLE REVIEW: Tinjauan Ke atas Tahap Penerimaan ICT di Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Di Malaysia.

TAJUK: Tinjauan Ke atas Tahap Penerimaan ICT di Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Di Malaysia.   Latar Belakang Kajian Pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) ialah nama rasmi bagi satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan Bahasa Inggeris menggantikan Bahasa Melayu sebagai bahan perantara mata pelajaran sains dan matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar ini diperkenalkan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohammad pada tahun 2003. Dalam perlaksanaan PPSMI ini, bukan hanya kecekapan guru-guru dalam bidang bahasa yang dituntut, tetapi juga dari segi penggunaan peralatan ICT secara meluas. Ini termasuklah penggunaan laptop, projektor LCD, troli dengan speaker serta sistem UBS. Selain itu, penggunaan perisian seperti 'power point' 'flash' dan 'courseware' interaktif telah digunakan untuk menyokong proses P&P bagi mata pelajaran matematik dan sains. Perlaksanaan PPSMI ini melibatkan

KEPIMPINAN BERKHIDMAT DAN IMPAKNYA TERHADAP SUBORDINAT DAN PENCAPAIAN ORGANISASI

PENGENALAN 1.1 DEFINISI KEPIMPINAN BERKHIDMAT Pemimpin berkhidmat: seorang yang mendahulukan khidmat, bertanggungjawab dan menyumbang terhadap kesejahteraan manusia dan masyarakat. melihat kepada keperluan manusia dan menyoalkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah serta meningkatkan perkembangan kendiri. memberi fokus kepada manusia kerana hanya manusia yang bahagia dan bermotivasi dapat mencapai target dan memenuhi jangkaan yang diharapkan 'Servant leadership' merupakan suatu falsafah dan amalan di dalam kepimpinan yang dikemukakan oleh Robert K. Greenleaf (dilahirkan pada 1904 di Terre Haute, Indiana; meninggal dunia pada1990) 'Servant-leaders' berkhidmat kepada organisasi dengan memberikan keutamaan kepada keperluan subordinat 'Servant-leaders' dilihat sebagai ketua yang merendah diri di dalam pentadbiran sumber sesebuah organisasi. (Sumber : manusia, kewangan dan fizikal) ' JOURNEY TO THE EAST' HERMAN HESSE (1956/2000). Kisah sekumpulan pengembara