Skip to main content

ARTICLE REVIEW: Tinjauan Ke atas Tahap Penerimaan ICT di Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Di Malaysia.

TAJUK: Tinjauan Ke atas Tahap Penerimaan ICT di Kalangan Guru-guru Sekolah

Menengah Di Malaysia.


 

  1. Latar Belakang Kajian

    Pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) ialah nama rasmi
    bagi satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan Bahasa Inggeris menggantikan Bahasa Melayu sebagai bahan perantara mata pelajaran sains dan matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar ini diperkenalkan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohammad pada tahun 2003. Dalam perlaksanaan PPSMI ini, bukan hanya kecekapan guru-guru dalam bidang bahasa yang dituntut, tetapi juga dari segi penggunaan peralatan ICT secara meluas. Ini termasuklah penggunaan laptop, projektor LCD, troli dengan speaker serta sistem UBS. Selain itu, penggunaan perisian seperti 'power point' 'flash' dan 'courseware' interaktif telah digunakan untuk menyokong proses P&P bagi mata pelajaran matematik dan sains. Perlaksanaan PPSMI ini melibatkan suatu pelaburan yang besar dalam menyediakan infrastruktur ICT kepada semua sekolah di Malaysia. Beberapa persoalan telah wujud dalam mencetuskan penghasilan kajian ini. Adakah semua guru bersedia dan menggunakan ICT sepenuhnya di sekolah? Apakah tahap penggunaan peralatan ICT disekolah? Dan adakah guru-guru sudah mencapai tahap kecekapan mereka dan adakah mereka memerlukan latihan dan sokongan yang spesifik? Kajian ini dibuat untuk menghuraikan isu-isu yang timbul ini.

        Salah satu daripada cabaran perlakasanaan polisi ini ialah kemahiran guru dalam menyampaikan kedua-dua mata pelajaran ini dalam Bahasa Inggeris (Pillay & Thomas,2004). Ini berlaku kerana guru-guru di Malaysia mempunyai latar belakang kecekapan bahasa Inggeris yang berbeza dan mereka menerima pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di dalam bahasa melayu dalam pelbagai peringkat pengajian. Oleh itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan program latihan yang dikenali sebagai ETeMS (English for teaching Mathematics & Science). Di dalam ETeMS, penggunaan ICT adalah ditekankan bagi menyokong proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Kajian yang dibuat adalah amat penting untuk meninjau tahap penerimaan guru terutamanya daripada aspek penggunaan ICT serta menjawab beberapa soalan yang timbul apabila perlaksanaan ICT dibuat di bilik darjah.


     

    1. Kajian Ilmiah

    Pengkaji telah melakukan beberapa tinjauan terhadap kajian-kajian terdahulu bagi melihat faedah penggunaan ICT dalam pendidikan, factor-faktor yang mempengaruhi penggunaan ICT didalam pendidikan serta halangan-halangan yang terlibat dalam perlaksanaan P&P berbantukan ICT ini. Tinjauan terhadap 219 kajian penggunaan teknologi dalam pendidikan mendapati secara konsisten bahawa pelajar-pelajar yang terdedah dalam persekitaran berteknologi mengalami kesan positif terhadap pencapaian dalam semua bidang mata pelajaran (Look,2005). Manakala Becta (2003) menulis bahawa ICT dapat memberikan maklumbalas yang tepat dan segera daripada pelajar serta memberi kebebasan kepada pelajar untuk fokus kepada strategi dan analisis mata pelajaran berdasarkan kecekapan yang dihasilkan oleh komputer dan grafik yang ada. Barak(2004) pula menyatakan bahawa penggunaan ICT dalam dunia pelajaran dapat meningkatkan pembelajaran bermakna(deep learning) dan dapat menjadi sesebuah sekolah itu memberikan respon yang lebih baik terhadap keperluan pelajar.

        Pengkaji telah menjalankan tinjauan kajian bagi melihat kesediaan guru terhadap penggunaan ICT dalam P&P. Kajian terhadap kesediaan guru umumnya mencadangkan bahawa masih ada jalan yang panjang sebelum sesebuah sekolah itu mengambil sepenuh faedah yang disediakan oleh teknologi abad ke 21 (Ya'acob et.al.,2005; So & Paula,2006)

    untuk mengkaji tahap kesediaan dan keyakinan guru pula, Tella, et al. (2007) mendapati bahawa kekurangan pengetahuan untuk melaksanakan peranan ICT dalam P&P dan kekurangan kemahiran dalam penggunaan perisian ICT telah menyebabkan kekurangan keyakinan dalam penggunaan peralatan ICT oleh guru-guru. Ini bersamaan dengan kajian oleh preston(2000) yang menyimpulkan bahawa kekurangan sokongan teknikal adalah punca yang membataskan penggunaan ICT dalam bilik darjah sebagai tambahan, halangan-halangan seperti kebolehcapaian terhadap peralatan ,kekangan masa, kekurangan mentor dan peluang untuk berkongsi penerapan sesame rakan sejawat juga memberi kesan kepada kebolehan guru untuk mengguna ICT (Slaouti & Barton,2007). Tambahan pula bebanan tugas guru dan pengurusan masa telah didapati menghalang perlaksanaan P&P berbantukan komputer di bilik darjah (Guha, 2000).

    1. Hipotesis dan Metodologi Kajian

    Kajian ini memberi tumpuan kepada :-

  • Menghuraikan tahap penggunaan ICT oleh guru-guru di Malaysia
  • Menetukan tahap kecekapan dan penerimaan guru terhadap ICT
  • Menghuraikan halangan-halangan yang dihadapi oleh guru dalam penggunaan ICT
  • Mengenalpasti keperluan latihan dan sokongan yang diperlukan oleh guru.

Daripada beberapa penemuan kajian terdahulu, pengkaji telah mengemukakan beberapa hipotisis seperti berikut :-

H1: Guru yang lebih muda menunujukkan kadar penerimaan ICT yang lebih tinggi dalam profesion mereka.

H2: Guru yang mempunyai kecekapan lebih tinggi dalam ICT menunjukkan kadar penerimaan yang lebih tinggi dalam ICT menunjukkan kadar penerimaan yang lebih tinggi dalam profesion mereka.

H3: Guru-gurur yang memerlukan lebih latihan dan sokongan mempunyai kadar penerimaan terhadap ICT yang lebih rendah dalam profesion mereka.

Kajian ini berbentuk kuantitatif dan kualitatif dimana tinjauan dibuat terhadap penerimaan ICT oleh guru disekolah-sekolah. Instrument yang digunakan adalah soal selidik yang terdiri daripada 6 bahagian. Bahagian pertama adalah tentang maklumat demografi respondan, Bahagian kedua adalah tentang kecekapan ICT, bahagian ketiga adalah tentang tahap dan kekerapan penggunaan ICT di sekolah, bahagian keempat pula mengenalpasti terhadap ICT dan bahagian kelima berfokus kepada halangan-halangan yang dihadapi, manakala bahagian terakhir ialah latihan-latihan dan sokongan yang diperlukan oleh guru. Borang selidik diedarkan kepada 250 guru sekolah menengah yang mengajar matematk dan sains. Kesemua item dalam 5 bahagian pertama diukur dengan menggunakan skala likort manakala bahagian terakhir merupakan soalan terbuka untuk guru-guru menambah input mereka. Daripada edaran soal selidik yang dibuat , seramai 212 diterima balik dengan lengkap dan dianalisis menggunakan SPSS versi 15.

  1. Dapatan Kajian

Respondan menunjukkan bahawa kekerapan penggunaan ICT paling kerap adalah untuk sokongan pengajaran dan pembelajaran (75%) serta pengurusan aktiviti kelas(49%). Manakala penggunaan yang kurang kerap adalah terhadap komunikasi sesama rakan sebaya (26%) dan perkembangan kendiri (12%). Ini bertentangan dengan dapatan daripada kajian The Gordan University Aberdeen(2004). Yang menyatakan guru-guru sekolah menengah di Scotland menggunakan ICT terutamanya untuk perkembangan professional dan komunikasi di dalam kelas. Dari segi aplikasi ICT pula, respondan paling banyak menggunakan perisian pengajaran (73%), peralatan persembahan (presentation tools) (43%), penggunaan internet (53%) dan lembaran kerja (32%). Kekurangan penggunaan dalam aplikasi visual grafik, hypermedia/multimedia, program simulasi dan demonstrasi secara online. Ini kerana guru-guru berpendapat bahawa aplikasi seperti itu memerlukan perisian khas dan kemahiran tinggi. Ini menunjukkan bahawa guru-guru masih memerlukan latihan yang lebih khusus dalam bidang ICT. Dalam bidang kecekapan ICT pula, guru-guru menganggap bahawa mereka dapat mengguna dengan baik msword (73%), CD pengajaran (63%) dan ms power point (50%). Ini bertepatan dengan kajian oleh Cuckle et. al. (2000) & Jeged et. al. (2007) yang mendapati guru lebih cekap menggunakan pemprosesan perkataan (msword) berbanding aplikasi lain.


 

  1. Kepentingan Kajian

Walaupun perlaksanaan PPSMI akan dimansuhkan menjelang 2012, kajian ini masih lagi penting kerana ia memfokuskan kepada penggunaan ICT dan bukannya penggunaan bahasa. Kajian ini amat berguna kerana ia dapat menggunakan betapa pentingnya penggunaan ICT dalam P&P matematik dan sains di sekolah di Malaysia. Hasil kajian yang mendapati bahawa persepsi guru yang begitu tinggi dalam pengembangan professionalisma mereka melalui ICT harus diberi perhatian. Ini menunjukkan penggunaan ICT bagi matapelajaran sains dan matematik perlu diteruskan dan tidak terkubur seperti mana penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara dalam mata pelajaran ini.

Kajian ini mengkaji penggunaan ICT di sekolah oleh guru-guru, tahap kecekapan mereka, persepsi dan latihan yang diperlukan oleh mereka. Berdasarkan kajian ini dibuat menunjukkan bahawa guru-guru adalah positif terhadap penggunaan ICT berdasarkan kajian ini dibuat menunjukkan bahawa guru-guru adalah positif terhadap penggunaan ICT dan mereka menghargai dan mengambil peluang untuk menambahbaik proses P&P. Keputusan juga menunjukkan bahawa guru-guru sangat positif terhadap penintegrasian yang lebih lanjut antara teknologi maklumat keatas pengajaran di bilik darjah.

  1. Kepentingan Kajian

Pengkaji telah mendapati bahawa guru-guru yang menjadi respondan didalam kajian ini telah memberikan suatu pandangan dan wawasan terhadap bagaimana kegunaan ICT dapat diperbaiki lagi disekolah-sekolah. Guru sememangnya perlu untuk mengekses internet 'local area network' dan 'wireless internet' yang boleh didapati di sekolah bagi membolehkan mereka meneroka maklumat selain didapati daripada buku-buku dan perisian yang dibekalkan. Guru-guru juga melahirkan keperluan untuk mempunyai sistem data berpusat untuk kemudahan perkongsian bahan-bahan, untuk menghantar pengumuman penting, peristiwa dan keputusan peperiksaan sekolah. Secara umumnya juga, faktor-faktor seperti kekangan masa, sokongan teknikal dan kekurangan pengetahuan untuk mengintegrasikan sepenuhnya penggunaan ICT telah dikenalpasti sebagai faktor penghalang keberkesanan ICT di sekolah-sekolah. Pengembangan profesionalisma berasaskan sekolah dan juga persidangan-persidangan ICT sesama guru penting untuk meningkatkan kemahiran ICT di kalangan mereka.

    Kajian ini menunjukkan juga bahawa guru-guru menganggap suatu portal bekerjasama yang sesuai perlu diwujudkan dalam menggalakkan penggunaan yang lebih lanjut ICT di sekolah. Pengkaji telah mencadangkan suatu laman sesawang perlu dibuat diperingkat kebangsaan yang juga dikenali sebagai 'e-Blackboard' diperkenalkan kepada guru-guru.

'e-Blackboard' boleh dihoskan     oleh sesebuah sekolah atau pihak ketiga dimana semua guru boleh mempunyai akaun sendiri untuk mengakses ke dalamnya. Dengan 'e-Blackboard' guru-guru dapat memuatnaik bahan pengajaran, merekod gred dan kedatangan, membuat pentaksiran secara 'online' dan membuat pengumuman penting dengan lebih berkesan dan spesifik jika ianya direka untuk menayangkan pelbagai bahagian seperti sukatan pelajaran, rancangan pengajaran, forum perbincangan, koleksi bank soalan peperiksaan, artikel-artikel kajian, pengumuman-pengumuman dan hubungan luar pendidikan. Oleh itu, ianya dapat menyediakan suatu rangkaian sosial yang sangat memberi manafaat kepada golongan guru-guru di Malaysia.


 

RUJUKAN

BARAK, M. 2006. Instructional principles for fostering learning with ICT: teachers' perspectives as learners and instructors. Education Information Technology, 11:121-135, DOI 10.1007/s11134-006-7362-9.

BECTA. 2003. What the Research says about using ICT in Maths. British Educational Communications and Technology Agency. Available from

CUCKLE, P., CLARKE, S., AND JENKINS, I. 2000. Students' information and communications technology skills and their use during teacher training. Journal of InformationTechnology for Teacher Education, 9(1), 9-22.

GUHA, S. 2000. Are we all technically prepared? Teachers' perspectives on the causes of comfort or discomfort in using computers at elementary grade teaching, Annual Meeting of the National Association for the Education of Young Children Atlanta, GA, November 8-11, 2000. Available from http://www.eric.ed.gov/ERICDocs/data/ericdocs2sql/content_storage_01/0000019b/80/19/2b/0c.pdf

http://www.becta.org.uk/page_documents/research/wtrs_maths.pdf

LOOK, D. 2005. Discussion Paper: Impact of Technology on Education, PUSD Excellence Committee, December 2005. Available from http://pleasanton.k12.ca.us/Superintendent/Downloads/Technology.pdf

PILLAY, H., THOMAS, M. 2004. A Nation on the Move: From Chalkface to Laptops. In the proceedings of MICELT 2004.

PRESTON, C., COX, M., AND COX, K. 2000. Teachers as Innovators in learning: what motivates teachers to use ICT, MirandaNet. http://www.mirandanet.ac.uk/pubs/tes_art.htm

TELLA, A., TELLA, A., TOYOBO, O.M., ADIKA, L.O., AND ADEYINKA, A.A. 2007. An Assessment of Secondary School Teachers Uses of ICTs: Implications for Further Development of ICT's Use in Nigerian Secondary Schools. The Turkish Online Journal of Educational Technology, 6(3), 12.

YA'ACOB, A., NOR, N., AND AZMAN, H. 2005. Implementation of the Malaysian Smart School: An Investigation of Teaching-Learning Practices and Teacher-Student Readiness. Internet Journal of e-Language Learning & Teaching, 2(2), pp. 16-25.


 


 

Comments

Popular posts from this blog

KERTAS KERJA PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR-PELAJAR PERSATUAN SAINS SMK SULTAN YAHYA PETRA 1 KE IPOH DAN TAIPING PADA 7-9 APRIL 2011   PENDAHULUAN Lawatan sambil belajar pelajar-pelajar Persatuan Sains SMK Sultan Yahya Petra 1, Kelantan ke Ipoh dan Taiping, Perak terdiri daripada 30 orang pelajar dan 3 orang guru sains. Matlamat Persatuan Sains ini diperkenalkan di SMK Sultan Yahya Petra 1 adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai minat yang tinggi di dalam bidang sains, seterusnya dapat memberikan pendedahan tentang kerjaya di dalam bidang sains dan teknologi.   Dalam usaha mencapai matlamat ini, Persatuan Sains mengambil inisiatif untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke beberapa tempat yang menarik dan sesuai dengan bidang sains dan teknologi. Oleh yang demikian, Institut Penyelidikan Veterinar, Jabatan Geosains dan Mineral serta Bukit Merah Resort menjadi destinasi pilihan kerana terdapat pelbagai contoh yang boleh memberikan pengetahuan serta pengalaman baru dalam bidan

KEPENTINGAN IKLIM SEKOLAH YANG POSITIF

Definisi iklim sekolah yang positif Ciri-ciri sekolah seperti struktur fizikal bangunan dan interaksi antara pelajar dan guru-guru merupakan dua faktor besar yang mempengaruhi dan membantu dalam member takrifan terhadap konsep iklim sekolah yang sangat luas ini. Iklim sekolah telah dikaji oleh para pengkaji beberapa tahun yang lalu dan masih lagi berterusan untuk dikenalpasti dan diperhalusi lagi sebagai satu keputusan yang signifikan yang mempengaruhi hasil-hasil dalam bidang pendidikan. Halpin dan Croft (1963) yang merupakan perintis dalam kajian iklim sekolah mengatakan bahawa iklim sekolah menggambarkan personaliti seseorang individu sendiri dan bagaimana guru tersebut berusaha untuk mencapai tahap organisasi iklim sekolah berkenaan. Seterusnya, Howard (1974) mendefinisikan iklim sekolah sebagai keadaan sosial dan budaya sekolah itu yang mempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya. Pusat Perkembangan Kurikulum (1981) mendefinisikan iklim sekolah sebagai suasana sekolah yan

PENGURUSAN STRATEGIK DAN IKLIM SEKOLAH MEMPENGARUHI KEPUASAN KERJA GURU

PENGENALAN Tugasan ini membincangkan mengenai perhubungan antara pengurusan strategik dan iklim sekolah terhadap kepuasan kerja. Di dalam tugasan ini, terdapat dua pembolehubah yang tidak bersandar iaitu pengurusan strategik dan iklim sekolah. Manakala, pembolehubah yang bersandar adalah kepuasan kerja guru. Perkaitan antara dua jenis pembolehubah ini dibaincangkan bagi melihat sama ada terdapat perhubungan yang signifikan ataupun tidak   2.0    KONSEP PENGURUSAN STRATEGIK 2.1    Definisi Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan strategik? Terdapat pelbagai definisi yang diberikan tentang konsep ini. Dua istilah penting di sini iaitu 'pengurusan' dan 'strategik' membawa pengertian yang mendalam dan penting di mana gabungan kedua-duanya pula menjelaskan proses pengurusan yang kritikal yang berlaku dalam mana-mana organisasi. Menurut Peter Drucker (1972), pengurusan ialah satu proses sosial yang dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli