Skip to main content

ciri empati dan kepentingan ciri tersebut untuk diamalkan oleh pemimpin di sekolah.

Pengenalan

    Greenleaf (1977) merupakan orang yang telah memperkenalkan konsep kepimpinan berkhidmat di dalam penulisan kaitan kepimpinan. Menurut beliau, konsep kepimpinan berkhidmat bermula daripada perasaan semula jadi pemimpin untuk memberi khidmat terlebih dahulu kepada kakitangan. Spears (2002) mendefinisikan kepimpinan berkhidmat sebagai gaya kepimpinan yang berasaskan kerja berpasukan, perasaan kemasyarakatan, membuat keputusan bersama, tingkah laku yang beretika mulia, penyayang dan memberi perhatian terhadap pembangunan manusia. Menurut Spears (2004), kekuatan kepimpinan berkhidmat adalah kerana ianya menggalakkan setiap orang untuk mencari secara aktif peluang-peluang untuk berkhidmat dan memimpin orang lain, seterusnya menyediakan potensi untuk meninggikan kualiti kehidupan melalui masyarakat. Daripada penelitian yang dibuat ke atas penulisan asal Robert K. Greenleaf, Spear (1998) telah mengemukakan 10 ciri-ciri yang penting bagi pembangunan pemimpin berkhidmat iaitu: mendengar, berempati, merawat atau mengubati, memujuk, berkonsepsi, berpandangan jauh, amanah, komited terhadap membangunkan manusia dan membina komuniti.

Definisi

    Empati merupakan suatu kebolehan untuk merasai dan mengaitkan terhadap pemikiran, emosi ataupun pengalaman orang lain. Empati adalah melebihi simpati, di mana ianya merupakan kebolehan untuk memahami dan menyokong orang lain dengan perasaan belas kasihan dan sensitiviti. Menyampaikan emosi secara empati ditakrifkan sebagai untuk memahami apa yang sedang dirasai oleh orang lain (Duan, 2000; Duan & Hill, 1996; Goleman, 2006), kebolehan untuk berkongsi emosi secara aktif dengan orang lain dan mengalami perasaan orang lain secara pasif supaya menjadi lebih efektif (Kellett, Humphrey, & Sleeth, 2006).

    Empati merupakan kebolehan seseorang untuk menghargai apa yang dihadapi oleh orang lain ( Barbuto & Wheeler, 2006). Pemimpin berkhidmat berusaha untuk memahami dan bersikap empati terhadap orang lain. Mereka menerima dan mengetahui bahawa setiap individu mempunyai semangat dan keinginan yang berbeza. Setiap individu mahu kehebatan diri mereka diterima dan dihargai. Oleh itu, pemimpin perlu memahami kehendak kakitangan yang mahu diri mereka dihargai dan diiktiraf sebagai manusia yang ada kekuatan dan kelemahan diri.

    Empati merupakan suatu ciri penting dalam asas kepimpinan. Banyak teori kepimpinan mencadangkan bahawa kebolehan untuk mempunyai dan menunjukkan empati adalah bahagian penting dalam sesuatu kepimpinan. Pemimpin transformasi memerlukan empati untuk menunjukkan kepada pengikutnya yang mereka dijaga terhadap keperluan dan pencapaian mereka (Bass, 1985). Pemimpin sejati juga memerlukan empati untuk mengambil berat terhadap orang lain (Walumbwa, Avolio, Gardner,Wernsing, & Peterson, 2008). Empati juga merupakan kunci kepada kebijaksanaan emosi (emotional intelligence) di mana sesetengah pengkaji percaya ianya merupakan suatu faktor kritikal yang diperlukan untuk menjadi pemimpin yang berkesan (Bar-On & Parker, 2000; George, 2000; Goleman, 1995; Salovey & Mayer, 1990).

Kepentingan ciri empati terhadap pemimpin di sekolah.

Empati mencakupi banyak aspek terhadap penilaian moral dan tindakan (Goleman, 1995). Ianya wujud secara semula jadi jika kita sedar terhadap persekitaran dan tekanan yang mempengaruhi antara satu sama lain (Senge, 1990). Kelebihan-kelebihan daripada sifat empati adalah berefleksi. Apabila kita menunjukkan empati, ia boleh menghasilkan ketenangan terhadap kita dan juga orang yang menerimanya (Mendes, 2003). Tambahan pula, empati dapat mempertingkatkan kebolehan seseorang untuk memaafkan orang lain (Macaskill, Maltby, & Day, 2002). Kajian menunjukkan bahawa empati diperlukan untuk mengekalkan perhubungan yang efektif dalam institusi sosial termasuklah keluarga dan tempat kerja.

Pengetua sekolah yang mengamalkan ciri empati akan menjadi lebih rapat dengan guru-guru dan staf. Jika hubungan yang memberi manfaat terhadap pemimpin dan subordinat ini diamalkan, suatu iklim kerja yang positif dapat diwujudkan. Ini kerana wujudnya suasana kerjasama yang sangat erat di antara pemimpin dan subordinat. Secara tidak langsung, pentadbiran sesebuah sekolah akan berjalan dengan lancar yang akhirnya memberikan manfaat terhadap kemajuan para pelajar.

Bagi tujuan mempertingkatkan tahap percaya terhadap organisasi, Carnevale & Wechsler (1992) dalam kajian mereka merumuskan bahawa keyakinan pekerja terhadap organisasi, keterbukaan dalam komunikasi, peluang untuk melibatkan diri, layanan yang adil dan amalan sifat empati dan kesanggupan dalam tindakan adalah faktor-faktor yang menyumbang kepada pencapaian yang tinggi. Jika seseorang pemimpin sekolah mengamalkan ciri empati, kepercayaan subordinat (guru-guru dan staf) terhadap pentadbiran sesebuah sekolah akan meningkat. Pihak guru dan staf akan mempunyai motivasi yang tinggi dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing. Ini kerana pendapat dan sumbangan mereka didengari dan dihargai oleh pihak pentadbir sekolah. Keadaan ini akan mewujudkan kepuasan kerja di kalangan guru dan staf sekolah.

Sementara itu, Renihan (1996) menjelaskan terdapat tujuh kemahiran utama pengurus sekolah yang berkesan iaitu : kemahiran hubungan manusia; kemahiran kepimpinan; kemahiran komunikasi; kemahiran organisasi; Memahami, empati dan sabar; konsisten dan jelas matlamat; dan latar belakang akademik. Jelas dilihat bahawa empati merupakan aspek yang tidak harus dipinggirkan oleh seseorang pengetua untuk menjadi seorang pemimpin yang berkesan dalam mentadbir organisasi sekolah.

Menurut kajian oleh Leonardo BADEA & Nicolae Alexandru PANĂ (2010), seorang pemimpin yang mempunyai aras kebolehan berempati yang tinggi, mereka akan memperolehi ciri-ciri seperti berikut:

  1. Mereka berupaya membina perhubungan interpersonal yang lebih kuat
  2. Mereka adalah lebih baik dalam motivasi kendiri
  3. Mereka berperanan sebagai pemimpin yang lebih baik
  4. Mereka dapat beradaptasi dengan lebih mudah terhadap perubahan
  5. Mereka mewujudkan iklim kerjasama
  6. Mereka lebih mudah menenangkan diri mereka
  7. Mereka lebih dipercayai oleh subordinat
  8. Mereka mewujudkan perhubungan antara ahli-ahli dalam organisasi
  9. Mereka mewujudkan resonans (kata-kata mereka didengari oleh subordinat)

Kesimpulan

    Empati merupakan suatu kemahiran yang perlu ada dalam kepimpinan sesebuah organisasi sekolah. Ianya memainkan peranan penting dalam mewujudkan hubungan yang positif di kalangan ahli-ahli organisasi sekolah. Apabila keadaan yang positif wujud, para guru dan staf akan bekerja dengan motivasi yang tinggi dan memberikan mereka kepuasan dalam melaksanakan tugasan masing-masing. Pemimpin sekolah yang berempati terhadap guru-guru dan staf akan lebih dihormati dan arahan mereka akan mudah didengari oleh guru-guru dan staf. Sesebuah sekolah yang mempunyai seseorang pemimpin berkesan yang mengamalkan ciri empati ini akan muncul sebagai sebuah sekolah yang cemerlang para pelajarnya dari aspek sahsiah dan juga akademiknya.

Turut disedari, empati merupakan suatu kebolehan yang akan meningkatkan lagi perhubungan dalam setiap aspek kehidupan. Ianya memberi kebaikan kepada kedua-dua pemimpin dan subordinat. Tetapi, bersikap terlalu berempati tidak seharusnya menjadi amalan pemimpin. Di dalam sebuah artikel dikemukakan oleh Mayer's (2004), terdapat kesan negatif apabila terlalu mementingkan kesedaran kendiri (self awareness). Begitu juga bagi sesetengah penulis di dalam Harvard Business Review article (diketuai oleh Feel, 2004), menekankan bahawa empati merupakan kemahiran EQ yang sangat penting dalam kepimpinan, tetapi seseorang pemimpin perlu menyedari dan menggunakannya secara berhemat untuk mengelakkan penyalahgunaannya di kalangan subordinat. Di samping itu, Bartz (2004) menekankan kepentingan untuk mengimbangkan empati dengan perasaan belas kasihan secara jujurnya. Justeru itu, ciri empati yang ada pada pemimpin ini seharusnya diamalkan sebaik-baiknya oleh seseorang pemimpin di sesebuah organisasi sekolah selagi ianya tidak disalahgunakan. Ianya bermula daripada niat yang ikhlas terbit dari hati seseorang pemimpin untuk memberi perkhidmatan kepada subordinat supaya suatu suasana kerja yang positif wujud dalam organisasi yang ditadbirnya. Ini bertepatan juga dengan konsep yang diamalkan oleh corak kepimpinan Islam yang mementingkan amalan kerja yang dimulai dengan niat kerana Allah SWT.

Rujukan:

Atwater, E. (1986). Human Relations. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.

Macaskill, A. ; Maltby, J.; & Day, L. (2002 October). Forgiveness of self and others and emotional empathy. The Journal of Social Psychology, 142, 663.  Retrieved February 21, 2004 from Proquest Database.

Mendes. E. (2003 September). What empathy can do. Educational Leadership, 61, 56. Retrieved February 4, 2004 from EBSCOhost Database
Senge, P. (1990). The fifth discipline: The art & practice of the learning organization. New York: Currency Doublday.

Barbuto, J. E., & Wheeler, D. W. (2006). Scale development and construct clarification of servant leadership. Group & Organization Management, 31(3), 300-326.

Bar-On, R., & Parker, J. D. A. (2000). The handbook of emotional intelligence. San Francisco, CA: Jossey-Bass Inc.

Bass, B.M. (1985). Leadership and performance beyond expectations. New York: Free Press

Carnevale, D. G., & Wechsler, B. (1992). Trust in the public sector. Administration and Society,

12, 471-494.

Covey, S.R. (1989). The Seven Habits of Highly Effective People, Free Press, New York

Goleman, D., Boyatzis, R., McKee, A. (2005). Inteligenţa emoţională în leadership, Editura Curtea Veche, Bucureşti

Duan, C. (2000). Being empathic: The role of motivation to empathize and the nature of target emotions. Motivation and Emotion, 24, 29-49.

Duan, C., & Hill, C. E. (1996). The current state of empathy research. Journal of Counseling Psychology, 43, 261-274.

George, J. M. (2000). Emotions and leadership: The role of emotional intelligence. Human Relations, 53, 1027-1055.

Goleman, D. (1995). Emotional intelligence. New York: Bantam Dell.

Goleman, D. (2006). Working with emotional intelligence. New York: Bantam Dell.

Kellett, J. B., Humphrey, R. H., & Sleeth, R. G.(2006). Empathy and the emergence of task and relations leaders. Leadership Quarterly, 17, 146-162.

Mayer, J. D., Caruso, D. R., & Salovey, P. (2004). Emotional intelligence meets traditional standards for an intelligence. Intelligence, 27, 267–298.

Renihan, P. (1996). In-school leadership for Saskatchewan schools: Issues and strategies. Saskatchewan Educational Leadership Unit, University of Saskatchewan (S.S.T.A. Research Centre Report. No. 99-02). Regina, SK, Canada: S.S.T.A.

Salovey, P., & Mayer, J. D. (1990). Emotional intelligence. Imagination, Cognition and Personality, 9, 185-211.

Senge, P.M. (1990), The Fifth Discipline: The Art and Practice of the Learning Organization, Doubleday, New York, NY.

Spears, L.C (ed)(1998). Insights of leadership. New York: John Willey & Sons

Walumbwa, F. O., Avolio, B. J., Gardner, W. L., Wernsing, T. S., & Peterson, S. J. (2008). Authentic leadership: Development and validation of a theory-based measure. Journal of Management, 34, 89-126.


 


 

Comments

Popular posts from this blog

KERTAS KERJA PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR-PELAJAR PERSATUAN SAINS SMK SULTAN YAHYA PETRA 1 KE IPOH DAN TAIPING PADA 7-9 APRIL 2011   PENDAHULUAN Lawatan sambil belajar pelajar-pelajar Persatuan Sains SMK Sultan Yahya Petra 1, Kelantan ke Ipoh dan Taiping, Perak terdiri daripada 30 orang pelajar dan 3 orang guru sains. Matlamat Persatuan Sains ini diperkenalkan di SMK Sultan Yahya Petra 1 adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai minat yang tinggi di dalam bidang sains, seterusnya dapat memberikan pendedahan tentang kerjaya di dalam bidang sains dan teknologi.   Dalam usaha mencapai matlamat ini, Persatuan Sains mengambil inisiatif untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke beberapa tempat yang menarik dan sesuai dengan bidang sains dan teknologi. Oleh yang demikian, Institut Penyelidikan Veterinar, Jabatan Geosains dan Mineral serta Bukit Merah Resort menjadi destinasi pilihan kerana terdapat pelbagai contoh yang boleh memberikan pengetahuan serta pengalaman baru dalam bidan

KEPENTINGAN IKLIM SEKOLAH YANG POSITIF

Definisi iklim sekolah yang positif Ciri-ciri sekolah seperti struktur fizikal bangunan dan interaksi antara pelajar dan guru-guru merupakan dua faktor besar yang mempengaruhi dan membantu dalam member takrifan terhadap konsep iklim sekolah yang sangat luas ini. Iklim sekolah telah dikaji oleh para pengkaji beberapa tahun yang lalu dan masih lagi berterusan untuk dikenalpasti dan diperhalusi lagi sebagai satu keputusan yang signifikan yang mempengaruhi hasil-hasil dalam bidang pendidikan. Halpin dan Croft (1963) yang merupakan perintis dalam kajian iklim sekolah mengatakan bahawa iklim sekolah menggambarkan personaliti seseorang individu sendiri dan bagaimana guru tersebut berusaha untuk mencapai tahap organisasi iklim sekolah berkenaan. Seterusnya, Howard (1974) mendefinisikan iklim sekolah sebagai keadaan sosial dan budaya sekolah itu yang mempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya. Pusat Perkembangan Kurikulum (1981) mendefinisikan iklim sekolah sebagai suasana sekolah yan

PENGURUSAN STRATEGIK DAN IKLIM SEKOLAH MEMPENGARUHI KEPUASAN KERJA GURU

PENGENALAN Tugasan ini membincangkan mengenai perhubungan antara pengurusan strategik dan iklim sekolah terhadap kepuasan kerja. Di dalam tugasan ini, terdapat dua pembolehubah yang tidak bersandar iaitu pengurusan strategik dan iklim sekolah. Manakala, pembolehubah yang bersandar adalah kepuasan kerja guru. Perkaitan antara dua jenis pembolehubah ini dibaincangkan bagi melihat sama ada terdapat perhubungan yang signifikan ataupun tidak   2.0    KONSEP PENGURUSAN STRATEGIK 2.1    Definisi Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan strategik? Terdapat pelbagai definisi yang diberikan tentang konsep ini. Dua istilah penting di sini iaitu 'pengurusan' dan 'strategik' membawa pengertian yang mendalam dan penting di mana gabungan kedua-duanya pula menjelaskan proses pengurusan yang kritikal yang berlaku dalam mana-mana organisasi. Menurut Peter Drucker (1972), pengurusan ialah satu proses sosial yang dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli