Pengenalan Greenleaf (1977) merupakan orang yang telah memperkenalkan konsep kepimpinan berkhidmat di dalam penulisan kaitan kepimpinan. Menurut beliau, konsep kepimpinan berkhidmat bermula daripada perasaan semula jadi pemimpin untuk memberi khidmat terlebih dahulu kepada kakitangan. Spears (2002) mendefinisikan kepimpinan berkhidmat sebagai gaya kepimpinan yang berasaskan kerja berpasukan, perasaan kemasyarakatan, membuat keputusan bersama, tingkah laku yang beretika mulia, penyayang dan memberi perhatian terhadap pembangunan manusia. Menurut Spears (2004), kekuatan kepimpinan berkhidmat adalah kerana ianya menggalakkan setiap orang untuk mencari secara aktif peluang-peluang untuk berkhidmat dan memimpin orang lain, seterusnya menyediakan potensi untuk meninggikan kualiti kehidupan melalui masyarakat. Daripada penelitian yang dibuat ke atas penulisan asal Robert K. Greenleaf, Spear (1998) telah mengemukakan 10 ciri-ciri yang penting bagi pembangunan pemimpin berkhidmat iaitu: me...
Comments
Post a Comment