Skip to main content

CIRI-CIRI SEORANG SAHABAT YANG BAIK

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

-Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
-Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
-Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
-Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
-Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu
-Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
-Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
-Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
-Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
-Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
-Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
-Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentinga persahabatan;
-Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
-Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Comments

  1. thnx Lily... hope that both of us can be a good friend to the others....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KERTAS KERJA PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR-PELAJAR PERSATUAN SAINS SMK SULTAN YAHYA PETRA 1 KE IPOH DAN TAIPING PADA 7-9 APRIL 2011   PENDAHULUAN Lawatan sambil belajar pelajar-pelajar Persatuan Sains SMK Sultan Yahya Petra 1, Kelantan ke Ipoh dan Taiping, Perak terdiri daripada 30 orang pelajar dan 3 orang guru sains. Matlamat Persatuan Sains ini diperkenalkan di SMK Sultan Yahya Petra 1 adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai minat yang tinggi di dalam bidang sains, seterusnya dapat memberikan pendedahan tentang kerjaya di dalam bidang sains dan teknologi.   Dalam usaha mencapai matlamat ini, Persatuan Sains mengambil inisiatif untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke beberapa tempat yang menarik dan sesuai dengan bidang sains dan teknologi. Oleh yang demikian, Institut Penyelidikan Veterinar, Jabatan Geosains dan Mineral serta Bukit Merah Resort menjadi destinasi pilihan kerana terdapat pelbagai contoh yang boleh memberikan pengetahuan serta pengalaman baru dalam bidan...

PENGURUSAN STRATEGIK DAN IKLIM SEKOLAH MEMPENGARUHI KEPUASAN KERJA GURU

PENGENALAN Tugasan ini membincangkan mengenai perhubungan antara pengurusan strategik dan iklim sekolah terhadap kepuasan kerja. Di dalam tugasan ini, terdapat dua pembolehubah yang tidak bersandar iaitu pengurusan strategik dan iklim sekolah. Manakala, pembolehubah yang bersandar adalah kepuasan kerja guru. Perkaitan antara dua jenis pembolehubah ini dibaincangkan bagi melihat sama ada terdapat perhubungan yang signifikan ataupun tidak   2.0    KONSEP PENGURUSAN STRATEGIK 2.1    Definisi Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan strategik? Terdapat pelbagai definisi yang diberikan tentang konsep ini. Dua istilah penting di sini iaitu 'pengurusan' dan 'strategik' membawa pengertian yang mendalam dan penting di mana gabungan kedua-duanya pula menjelaskan proses pengurusan yang kritikal yang berlaku dalam mana-mana organisasi. Menurut Peter Drucker (1972), pengurusan ialah satu proses sosial yang dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli ...

ciri empati dan kepentingan ciri tersebut untuk diamalkan oleh pemimpin di sekolah.

Pengenalan     Greenleaf (1977) merupakan orang yang telah memperkenalkan konsep kepimpinan berkhidmat di dalam penulisan kaitan kepimpinan. Menurut beliau, konsep kepimpinan berkhidmat bermula daripada perasaan semula jadi pemimpin untuk memberi khidmat terlebih dahulu kepada kakitangan. Spears (2002) mendefinisikan kepimpinan berkhidmat sebagai gaya kepimpinan yang berasaskan kerja berpasukan, perasaan kemasyarakatan, membuat keputusan bersama, tingkah laku yang beretika mulia, penyayang dan memberi perhatian terhadap pembangunan manusia. Menurut Spears (2004), kekuatan kepimpinan berkhidmat adalah kerana ianya menggalakkan setiap orang untuk mencari secara aktif peluang-peluang untuk berkhidmat dan memimpin orang lain, seterusnya menyediakan potensi untuk meninggikan kualiti kehidupan melalui masyarakat. Daripada penelitian yang dibuat ke atas penulisan asal Robert K. Greenleaf, Spear (1998) telah mengemukakan 10 ciri-ciri yang penting bagi pembangunan pemimpin berkhidmat iaitu: me...