ARTICLE REVIEW: Tinjauan Ke atas Tahap Penerimaan ICT di Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Di Malaysia.
TAJUK: Tinjauan Ke atas Tahap Penerimaan ICT di Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Di Malaysia. Latar Belakang Kajian Pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) ialah nama rasmi bagi satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan Bahasa Inggeris menggantikan Bahasa Melayu sebagai bahan perantara mata pelajaran sains dan matematik di semua peringkat pendidikan. Dasar ini diperkenalkan oleh pentadbiran Tun Dr Mahathir bin Mohammad pada tahun 2003. Dalam perlaksanaan PPSMI ini, bukan hanya kecekapan guru-guru dalam bidang bahasa yang dituntut, tetapi juga dari segi penggunaan peralatan ICT secara meluas. Ini termasuklah penggunaan laptop, projektor LCD, troli dengan speaker serta sistem UBS. Selain itu, penggunaan perisian seperti 'power point' 'flash' dan 'courseware' interaktif telah digunakan untuk menyokong proses P&P bagi mata pelajaran matematik dan sains. Perlaksanaan PPSMI ini melibatkan...