Skip to main content

DIMENSI-DIMENSI KUALITI

APAKAH KUALITI?

5 DIFINISI KUALITI:
  1. keunggulan - kualiti adalah sesuatu yang difahami mengikut gerak hati dan sukar untuk dinyatakan ( contoh: kecantikan & cinta)
  2. berasaskan produk - jika kualiti dijumpai di dalam komponen dan ciri-ciri sesuatu produk
  3. berasaskan pengguna - jika sesuatu produk itu memenuhi keperluan pelanggan (pelanggan berpuas hati)
  4. berasaskan pembuatan - jika telah menepati ciri-ciri yang direkabentuk terhadap sesuatu produk
  5. mempunyai nilai - jika sesuatu produk itu dapat memberikan nilai pada harganya

berasaskan 5 definisi di atas, wujud dimensi dalam kualiti

  1. dimensi kualiti produk (Garvin)
  2. dimensi kualiti perkhidmatan (Parasuraman)

DIMENSI KUALITI PARASURAMAN (PERKHIDMATAN)

  1. Keketaraan / kenyataan (tangible) - penampilan terhadap kemudahan fizikal, staf, kakitangan dan kemudahan telekomunikasi
  2. Kebolehpercayaan (service reliable)- kebolehan untuk mencapai perkhidmatan yang dijanjikan secara tepat dan dipercayai
  3. Kebolehan untuk bertindak balas (responsiveness)- sedia untuk menolong pelanggan dan dapat memberikan perkhidmatan yang segara
  4. Jaminan (assurance)- pengetahuan dan budi bahasa oleh pihak yang memberi perkhidmatan dan kebolehan memberi kepercayaan dan keyakinan
  5. Empati (emphaty)- empati= meletakkan diri kita ke dlm diri org lain. Mengambil berat dan memberi perhatian secara individu adalah perkara yang diimpikan pelanggan (customer care).

DIMENSI KUALITI GARVIN (PRODUK)

  1. Pencapaian (performance)- kecekapan di mana produk yang dihasilkan mencapai tujuan yang dirancang
  2. Ciri-ciri (features)- sesuatu produk mempunyai ciri-ciri yang menjadi lambangnya
  3. Boleh dipercayai (reliability)- sesutu produk itu dianggap boleh dipercayai jika peluang untuknya gagal dalam tempoh masa yang dibuat dalam rekabentuknya adalah rendah.
  4. Ketepatan (conformance)- menepati spesifikasi atau ciri-ciri pengikut piawai dalam rekabentuknya
  5. Berpanjangan (durability)- tempoh dimana sesuatu produk itu dapat bertahan terhadap tekanan dan trauma tanpa mengalami kegagalan
  6. Berguna / dapat digunakan (serviceability)- sesuatu produk itu dianggap berguna jika ianya dapat diperbaiki dengan mudah dan murah (kemudahan untuk diperbaiki)
  7. Mempunyai nilai estetika (aesthetics)- darjah di mana sesuatu produk itu menjadi pilihan pelanggan. sesuatu yang subjektif dapat dikesan melalui deria spt rasa, bunyi dan bau
  8. Mencapai Kualiti (perceived quality)- berasaskan pendapat pelanggan (dapat memenuhi keperluan pelanggan). Juga kefahaman pelanggan mengenai kebaikan produk, imej dan jenama.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

PENGURUSAN STRATEGIK DAN IKLIM SEKOLAH MEMPENGARUHI KEPUASAN KERJA GURU

PENGENALAN Tugasan ini membincangkan mengenai perhubungan antara pengurusan strategik dan iklim sekolah terhadap kepuasan kerja. Di dalam tugasan ini, terdapat dua pembolehubah yang tidak bersandar iaitu pengurusan strategik dan iklim sekolah. Manakala, pembolehubah yang bersandar adalah kepuasan kerja guru. Perkaitan antara dua jenis pembolehubah ini dibaincangkan bagi melihat sama ada terdapat perhubungan yang signifikan ataupun tidak   2.0    KONSEP PENGURUSAN STRATEGIK 2.1    Definisi Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan strategik? Terdapat pelbagai definisi yang diberikan tentang konsep ini. Dua istilah penting di sini iaitu 'pengurusan' dan 'strategik' membawa pengertian yang mendalam dan penting di mana gabungan kedua-duanya pula menjelaskan proses pengurusan yang kritikal yang berlaku dalam mana-mana organisasi. Menurut Peter Drucker (1972), pengurusan ialah satu proses sosial yang dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli ...

KERTAS KERJA PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR-PELAJAR PERSATUAN SAINS SMK SULTAN YAHYA PETRA 1 KE IPOH DAN TAIPING PADA 7-9 APRIL 2011   PENDAHULUAN Lawatan sambil belajar pelajar-pelajar Persatuan Sains SMK Sultan Yahya Petra 1, Kelantan ke Ipoh dan Taiping, Perak terdiri daripada 30 orang pelajar dan 3 orang guru sains. Matlamat Persatuan Sains ini diperkenalkan di SMK Sultan Yahya Petra 1 adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai minat yang tinggi di dalam bidang sains, seterusnya dapat memberikan pendedahan tentang kerjaya di dalam bidang sains dan teknologi.   Dalam usaha mencapai matlamat ini, Persatuan Sains mengambil inisiatif untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke beberapa tempat yang menarik dan sesuai dengan bidang sains dan teknologi. Oleh yang demikian, Institut Penyelidikan Veterinar, Jabatan Geosains dan Mineral serta Bukit Merah Resort menjadi destinasi pilihan kerana terdapat pelbagai contoh yang boleh memberikan pengetahuan serta pengalaman baru dalam bidan...

ARTICLE REVIEW FOR QUALITY IN EDUCATION 4

Tajuk Jurnal: The Effect Of Company Size On The Relationship Between TQM Strategy And Organizational Performance Oleh: MilĂ© Terziouski dan Danny Samson Department Of Management, Monash University, Australia Department Of Management, University Of Melbourne, Australia       Daripada pembacaan yang dibuat, pernyataan masalah tidak dinyatakan dengan jelas. Tetapi, dapat dilihat daripada bab pengenalan yang dibuat oleh pengkaji. Pengkaji mengkaji kesan saiz syarikat terhadap perhubungan antara strategi TQM dan prestasi organisasi kerana masih terdapat kekeliruan, kekecewaan dan keadaan yang tidak pasti untuk mengaplikasikan peranan serta nilai perniagaan di dalam TQM. Kajian ini juga dilakukan berdasarkan pelbagai tinjauan literatur sebelumnya yang menunjukkan hasil kajian yang sangat berbeza-beza di dalam pencapaian pelaksanaan TQM. kajian ini dijalankan untuk menunjukkan jurang dan percanggahan yang terdapat di dalam tinjauan literatur sebelumnya. Ini dicapai dengan menyiasat perk...