Skip to main content

Contoh jurnal review untuk SGDU 6073 Quality in education

Tajuk Jurnal: Kesan pengurusan kualiti terhadap prestasi perkhidmatan

pihak berkuasa tempatan

Oleh: Zulnaidi Yaacob

Pusat Pengajian Jarak Jauh,

Universiti Sains Malaysia

Jurnal Kemanusiaan bil. 12, Disember 2008.


 

  1. Is the problem clearly stated?

        Daripada pembacaan yang dibuat, pengkaji telah menyatakan permasalahan dengan jelas sekali iaitu kesan perlaksaan Pengurusan Kualiti (PK) dalam kalangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Menurut pengkaji, amalan PK oleh sektor awam dijalankan secara serius bagi meningkatkan prestasi perkhidmatan sektor awam termasuk PBT ke tahap yang cemerlang. Walaupun telah dijalankan dalam tempoh lama, PBT masih menerima banyak kritikan terhadap prestasi perkhidmatan yang kurang memberangsangkan (Ibrahim dan Abd. Karim, 2004). Dalam kata lain, pelaksanaan PK oleh PBT seolah-olah tidak membawa manfaat seperti yang digambarkan dalam banyak literatur. Pengkaji mengutarakan persoalan adakah pelaksanaan PK dalam kalangan PBT di Malaysia tidak memberi kesan kepada tahap prestasi perkhidmatan? Menyedari kepentingan peranan yang dimainkan oleh sesebuah PBT untuk menyokong kesejahteraan hidup masyarakat, maka kajian ini dibuat oleh pengkaji untuk merungkai persoalan yang diutarakan.


     

  2. Does the problem has a theoretical rationale?

        Secara teori, kajian ini mempunyai rasional kerana pengkaji telah memfokuskan kepada kepentingan peranan yang dimainkan oleh sesebuah PBT (pihak berkuasa tempatan) untuk menyokong kesejahteraan hidup masyarakat. Menurut Philip Crossby, "Kualiti adalah kesesuaian dengan keperluan". Definisi yang dikemukakan oleh Crossby ini rasional dengan kajian yang dilakukan ini kerana pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan dapat memenuhi kepuasan pelanggan.


     

  3. How significant is the problem?

        Kajian ini didorong oleh hasil penelitian literatur yang mendedahkan bahawa isu prestasi perkhidmatan PBT masih sering diperkatakan walaupun inisiatif pengurusan kualiti di PBT telah bermula hampir 20 tahun yang lalu. Kajian ini memberi sumbangan kepada pengayaan khazanah ilmu terutama bidang kajian pengurusan kualiti untuk PBT. Bukti empirik lepas tentang hubungan antara kedua-dua pembolehubah ini banyak berasaskan praktis sektor perniagaan, yang mengakibatkan isu sama berkait dengan PBT belum diselidiki sepenuhnya. Penemuan kajian mendapati komitmen pengurusan, tumpuan pelanggan, penambahbaikan berterusan dan sistem maklumat kualiti mempunyai hubungan yang siginifikan dengan prestasi perkhidmatan. Sebaliknya, hubungan antara pengurusan sumber manusia dan prestasi perkhidmatan didapati tidak signifikan. Hasil kajian ini dapat memberi panduan kepada semua PBT dalam ke arah menjalankan perkhidmatan berkualiti kepada para pelanggan.


     

  4. Is there any review of literature? If so, is it relevant?

        Pengkaji telah melalukan tinjauan literasi terhadap kajian-kajian sebelum ini dengan memberi contoh kepada kajian Ahire et al., 1996. Pengkaji-pengkaji sebelum ini mendefinisikan PK sebagai amalan pengurusan yang mengandungi satu set faktor-faktor yang mesti wujud secara bersama. Namun demikian, satu kesimpulan yang nyata daripada literatur tentang PK ialah faktor-faktor kritikal PK yang dikaji adalah berbeza antara satu pengkaji dengan pengkaji yang lain. Hal ini menunjukkan bahawa amalan PK adalah amalan yang perlu disesuaikan dengan keperluan setiap organisasi. Pengkaji mendapati terdapat faktor-faktor kritikal PK yang telah dinyatakan secara konsisten dalam kajian-kajian lepas. Faktor-faktor kritikal PK yang generik ini telah digunakan untuk mencapai objektif kajian ini. Senarai faktor-faktor kritikal PK tersebut termasuklah komitmen pengurusan, tumpuan pelanggan, pengurusan sumber manusia, penambahbaikan berterusan dan sistem maklumat kualiti.


     

  5. How clearly are the hypothesis stated?

        Hipotesis dinyatakan dengan jelas oleh pengkaji berdasarkan setiap faktor-faktor kritikal pengurusan kualiti. Hipotesis yang dikemukakan adalah seperti berikut:

  • H1: Terdapat hubungan yang positif antara komitmen pengurusan dan prestasi perkhidmatan
  • H2: Terdapat hubungan yang positif antara tumpuan pelanggan dan prestasi perkhidmatan
  • H3: Terdapat hubungan yang positif antara pengurusan sumber manusia dan prestasi perkhidmatan
  • H4: Terdapat hubungan yang positif antara penambahbaikan berterusan dan prestasi perkhidmatan
  • H5: Terdapat hubungan yang positif antara sistem maklumat kualiti dan prestasi perkhidmatan


     

  1. Are operational definitions provided?

        Definisi secara operasi tidak dinyatakan dengan jelas di dalam kajian ini. Pengkaji cuba menakrifkan pengurusan kualiti (PK) sebagai satu kaedah pengurusan sesebuah organisasi dengan mengukur daripada lima aspek iaitu komitmen pengurusan, tumpuan pelanggan, pengurusan sumber manusia, penambahbaikan berterusan dan sistem maklumat berkualiti. Kelima-lima aspek ini dijadikan konstruk di dalam kajian yang dijalankan ini. Pengukuran dapat dibuat dengan analisis secara statistik terhadap kesemua konstruk hasil soal selidik daripada responden iaitu pelanggan sama ada signifikan atau tidak.


     

  2. Is the procedure (or method) used to attack and answer the problem fully and completely describe?

        Pengkaji telah menggunakan kaedah yang bersesuaian dan telah dapat menjawab persoalan yang dikemukakan. Terdapat beberapa kaedah yang digunakan oleh pengkaji iaitu pembentukan instrumen kajian (skala Likert), ujian rintis, pensampelan, ujian kebolehpercayaan dan kesahan (ujian korelasi item-konstruk dan analisis faktor) serta pengujian hipotesis (analisis regresi). Kesemua kaedah yang dijalankan dihuraikan dengan lengkap berserta data-data yang diambil dan dianalisis. Semua konstruk yang diuji mencapai nilai Cronbach alpha melebihi nilai 0.70 (Nunnally dan Beinstein, 1994). Ini menggambarkan setiap konstruk yang diuji mempunyai darjah konsistensi dalaman yang baik.


     

  3. Was a sample used? If so, how was it selected?

        Pengkaji menjalankan kajian menggunakan sampel dari seluruh Pihak Berkuasa Tempatan (PTB) semenjung Malaysia. Pensampelan dilakukan dengan menggunakan kaedah pensampelan kluster berstrata di mana tujuh buah PBT bertaraf Bandaraya dan 18 PBT berstatus Majlis Perbandaran telah dipilih sebagai sampel kajian. Pensampelan dilakukan selepas mengasingkan empat buah PBT yang terlibat pada peringkat kajian rintis. Jumlah soal selidik yang diedar dan dikembalikan mengikut bilangan jabatan yang terdapat dalam setiap PBT adalah 250. Tetapi, bilangan soal selidik yang dikembalikan dan boleh dipakai adalah sebanyak 205. Daripada soal selidik sebanyak 205 ini, pengkaji melakukan analisis secara statistik.


     

  4. Are there any probable sources of error that might influence the result of the study? If so, have they been controlled?

        Daripada pembacaan saya, didapati tiada ralat sumber yang nyata dilakukan oleh pengkaji di dalam kajian beliau. Sedikit ralat mungkin akan berlaku daripada maklum balas responden terhadap soal selidik yang dilakukan. Responden mungkin memberikan jawapan yang tidak tepat di dalam borang soal selidik yang diedarkan. Ini telah dikawal oleh pengkaji dengan mengedarkan jumlah soal selidik dalam bilangan yang banyak.


     

  5. Were statistical techniques used to analyze the data? If so, were they appropriate?

        Kajian yang dilakukan ini menggunakan teknik statistik untuk menganalisis data. Kaedah statistik digunakan oleh pengkaji adalah Ujian kebolehpercayaan dan Kesahan serta Ujian Hipotesis. Ujian Kebolehpercayaan Dan Kesahan dibuat berdasarkan Ujian Korelasi Item-Konstruk dan Analisis Faktor mengikut prosedur yang dicadangkan oleh Nunnally dan Beinstein (1994). Seterusnya, Ujian Hipotesis juga dilakukan oleh pengkaji dengan Analisis Regresi. Teknik statistik yang digunakan adalah bersesuaian bagi menunjukkan kesahan data yang diperolehi.


     

  6. How clearly are the results presented?

        Keputusan kajian ini dibentangkan dengan jelas sekali setelah data dianalisis secara statistik. Kajian ini mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara komitmen pengurusan terhadap PK dengan prestasi perkhidmatan. Selain itu, kajian ini juga melaporkan hubungan yang signifikan antara tumpuan pelanggan dengan prestasi perkhidmatan. Hubungan antara amalan penambahbaikan berterusan dan prestasi perkhidmatan juga dilaporkan signifikan. Seterusnya, hubungan antara sistem maklumat kualiti dengan prestasi perkhidmatan juga dilaporkan signifikan. Hubungan yang tidak signifikan adalah antara pengurusan sumber manusia dengan prestasi perkhidmatan. Ini berlawanan dengan hasil kajian sebelumnya di mana kedua-dua pembolehubah ini menunjukkan signifikan dan positif seperti yang telah dihuraikan dalam penjanaan hipotesis kajian. Pengkaji telah menyarankan bahawa kakitangan perlu diberi latihan dan mempunyai pengetahuan kemahiran yang sewajarnya bagi menangani masalah ini.


     

  7. Are the conclusions presented clearly? Do the data support the conclusion? Does the researcher over generalize her or his findings?

        Kesimpulan daripada kajian ini dinyatakan dengan jelas. Ini disokong pula oleh persembahan analisis data mengenai kesahihan kajian. Kajian ini menunjukkan bahawa PK merupakan penentu yang signifikan untuk prestasi perkhidmatan PBT. Kajian ini menemui punca prestasi perkhidmatan sektor awam sering mendapat kritikan kerana terdapat kelemahan pada satu faktor. Faktor pengurusan sumber manusia dalam kalangan PBT masih mempunyai beberapa kelemahan serta perlu diberi perhatian. Pengkaji telah memberikan kesimpulan secara khusus berdasarkan konsep pengurusan kualiti (PK) terhadap kajian ini.


     

  8. What are the limitations of the study? Are they stated?

    Terdapat beberapa kekangan yang dinyatakan didalam kajian ini mengenai beberapa isu pengurusan sumber manusia yang berlaku di PBT. Kekangan yang dapat dilihat adalah situasi persampelan yang dilakukan hanya melibatkan PBT di bahagian Pantai Barat Semenanjung Malaysia sahaja tanpa melibatkan persampelan daripada PBT Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Hasil kajian ini juga mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan yang di dalam pengurusan sumber manusia PBT bagi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan. Pengkaji mengharapkan adanya kajian pada masa depan tentang hubungan pengurusan sumber manusia dengan peningkatan prestasi perkhidmatan sesuatu organisasi.

Comments

Popular posts from this blog

KERTAS KERJA PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR-PELAJAR PERSATUAN SAINS SMK SULTAN YAHYA PETRA 1 KE IPOH DAN TAIPING PADA 7-9 APRIL 2011   PENDAHULUAN Lawatan sambil belajar pelajar-pelajar Persatuan Sains SMK Sultan Yahya Petra 1, Kelantan ke Ipoh dan Taiping, Perak terdiri daripada 30 orang pelajar dan 3 orang guru sains. Matlamat Persatuan Sains ini diperkenalkan di SMK Sultan Yahya Petra 1 adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai minat yang tinggi di dalam bidang sains, seterusnya dapat memberikan pendedahan tentang kerjaya di dalam bidang sains dan teknologi.   Dalam usaha mencapai matlamat ini, Persatuan Sains mengambil inisiatif untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke beberapa tempat yang menarik dan sesuai dengan bidang sains dan teknologi. Oleh yang demikian, Institut Penyelidikan Veterinar, Jabatan Geosains dan Mineral serta Bukit Merah Resort menjadi destinasi pilihan kerana terdapat pelbagai contoh yang boleh memberikan pengetahuan serta pengalaman baru dalam bidan

KEPENTINGAN IKLIM SEKOLAH YANG POSITIF

Definisi iklim sekolah yang positif Ciri-ciri sekolah seperti struktur fizikal bangunan dan interaksi antara pelajar dan guru-guru merupakan dua faktor besar yang mempengaruhi dan membantu dalam member takrifan terhadap konsep iklim sekolah yang sangat luas ini. Iklim sekolah telah dikaji oleh para pengkaji beberapa tahun yang lalu dan masih lagi berterusan untuk dikenalpasti dan diperhalusi lagi sebagai satu keputusan yang signifikan yang mempengaruhi hasil-hasil dalam bidang pendidikan. Halpin dan Croft (1963) yang merupakan perintis dalam kajian iklim sekolah mengatakan bahawa iklim sekolah menggambarkan personaliti seseorang individu sendiri dan bagaimana guru tersebut berusaha untuk mencapai tahap organisasi iklim sekolah berkenaan. Seterusnya, Howard (1974) mendeļ¬nisikan iklim sekolah sebagai keadaan sosial dan budaya sekolah itu yang mempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya. Pusat Perkembangan Kurikulum (1981) mendeļ¬nisikan iklim sekolah sebagai suasana sekolah yan

PENGURUSAN STRATEGIK DAN IKLIM SEKOLAH MEMPENGARUHI KEPUASAN KERJA GURU

PENGENALAN Tugasan ini membincangkan mengenai perhubungan antara pengurusan strategik dan iklim sekolah terhadap kepuasan kerja. Di dalam tugasan ini, terdapat dua pembolehubah yang tidak bersandar iaitu pengurusan strategik dan iklim sekolah. Manakala, pembolehubah yang bersandar adalah kepuasan kerja guru. Perkaitan antara dua jenis pembolehubah ini dibaincangkan bagi melihat sama ada terdapat perhubungan yang signifikan ataupun tidak   2.0    KONSEP PENGURUSAN STRATEGIK 2.1    Definisi Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan strategik? Terdapat pelbagai definisi yang diberikan tentang konsep ini. Dua istilah penting di sini iaitu 'pengurusan' dan 'strategik' membawa pengertian yang mendalam dan penting di mana gabungan kedua-duanya pula menjelaskan proses pengurusan yang kritikal yang berlaku dalam mana-mana organisasi. Menurut Peter Drucker (1972), pengurusan ialah satu proses sosial yang dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli