Skip to main content

Jurnal review SGDU 6073

Tajuk Jurnal:

TAHAP KOMPETENSI JEMAAH NAZIR SEKOLAH DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEMAHIRAN MENILAI KUALITI PENGURUSAN SEKOLAH

    Kajian ini telah dijalankan oleh Mohd Idrus Kadir, Mohammed Sani Ibrahim dan Jamil Ahmad. Ia diperolehi menerusi sumber Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah 187. Kajian ini dijalankan oleh pengkaji bagi menentukan tahap kompetensi Jemaah Nazir Sekolah (JNS) dan hubungannya dengan kemahiran menilai kualiti pengurusan sekolah.     

    Kajian ini dijalankan bagi menjawab beberapa persoalan yang wujud tentang tahap kompetensi Nazir Sekolah dalam melakukan penilaian terhadap kualiti pengurusan sesebuah sekolah. Pada pendapat saya, pernyataan masalah yang ditulis adalah berasakan kerangka konseptual yang memperjelaskan arah pemfokusan dan hala tuju kajian iaitu mengenai perhubungan antara tahap kompetensi Nazir Sekolah (NS) dengan aspek mengendali penaziran, aspek pengurusan sekolah, aspek jantina dan pengalaman, aspek kemahiran dan keyakinan peribadi serta mencari pemboleh ubah yang menyumbang kepada kemahiran dan keyakinan NS.    

    Kajian ini mempunyai rasional secara teori kerana pengkaji telah memfokuskan kepada kepentingan kompetensi oleh Nazir Sekolah untuk menilai kualiti pengurusan terhadap sesebuah sekolah bagi mengelakkan sebarang keraguan oleh pihak yang dinilai. Kajian ini adalah penting bagi jemaah Nazir menilai serta meningkatkan tahap profesionalisme di kalangan mereka supaya dapat diterima oleh masyarakat pendidik. Tahap kompetensi juga mempunyai hubungan signifikan dalam konsep Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM). Jadi, adalah penting bagi pihak jemaah nazir mencapai tahap kompetensi yang tinggi supaya model TQM dapat dilaksanakan dengan jayanya bagi sesebuah sekolah. Pelbagai perubahan dinamik yang berlaku di sekolah menuntut setiap anggota Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti (JNJK) mempunyai tahap kompetensi yang amat tinggi dalam menjalankan tugas penaziran di institusi pendidikan.

    Kajian yang dijalankan ini adalah mempunyai kepentingan terhadap pengurusan kualiti pihak Nazir Sekolah (NS) dalam memastikan setiap ahli-ahlinya mempunyai tahap kompetensi yang tinggi dalam menilai kualiti pengurusan sekolah dari aspek pengurusan kepimpinan organisasi, pengurusan kurikulum, pengurusan kokurikulum dan pengurusan HEM.

    Daripada pembacaan yang dibuat, tiada kajian literatur yang dinyatakan oleh pengkaji dalam kajian ini. Pengkaji hanya mencatatkan mengenai pengenalan terhadap Jemaah Nazir Sekolah (JNS) yang kini dikenali sebagai Jemaah Nazir Sekolah dan Jaminan Kualiti (JNJK). Pengkaji juga menyatakan tentang skop-skop penaziran yang menjadi asas kepada pembentukan persoalan-persoalan kajian.

    Hipotesis (15 hipotesis) yang banyak telah dikemukakan oleh pengkaji pada masa yang sama menyebabkan kajian ini tidak mempunyai fokus yang jitu. Hipotesis yang dikemukakan oleh pengkaji dapat menjawab persoalan yang dikemukakan pada bahagian persoalan kajian. Tetapi, terlalu banyak pemboleh ubah yang digunakan menjadikan kajian ini tidak memadai (reasonable). Tambahan pula hipotesis yang dikemukakan tidak berasaskan daripada fakta dan tinjauan literatur kerana kajian ini tidak dinyatakan tinjauan literaturnya.

    Definisi secara operasi telah dinyatakan di dalam kajian ini. Terdapat satu kerangka konseptual yang menerangkan matrik kompetensi Nazir Sekolah bagi menguji hipotesis yang digunakan seterusnya menjawab persoalan yang dinyatakan. Pengkaji telah membuat pengukuran terhadap tahap kompetensi Jemaah Nazir melalui persoalan-persoalan seperti yang dinyatakan di atas. Pengukuran dapat dibuat dengan analisis secara statistik terhadap kesemua hipotesis sama ada signifikan atau tidak.

    Pengkaji telah menggunakan kaedah yang bersesuaian dan telah dapat menjawab persoalan yang dikemukakan. Kajian ini berbentuk tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian disebabkan kajian ini menggunakan sampel yang besar. Soal selidik yang digunakan oleh berasaskan kerangka konseptual kajian, tinjauan ke perpustakaan dan pandangan pakar. Kaedah yang digunakan adalah bersesuaian dengan matlamat kajian untuk memperoleh nilai secara statistik terhadap persoalan kajian dan menguji hipotesis sama ada mempunyai hubungan yang signifikan atau tidak.

    Sampel kajian ini terdiri daripada 164 orang nazir sekolah dari semua pejabat Jemaah Nazir Sekolah dan Jaminan Kualiti (JNJK) seluruh negara. Jumlah nazir sekolah yang terlibat sebagai sampel ialah sebanyak 115 lelaki (70.1%) dan 49 perempuan (29.9%). Pengkaji menggunakan saranan Krejcie dan Morgan (1970) dalam menentukan saiz sampelnya. Pensampelan Rawak Berstrata digunakan dalam kajian ini kerana terdapat ciri-ciri yang tidak seimbang dalam populasi khususnya keseimbangan jantina. Dengan cara ini setiap ahli di dalam populasi mempunyai peluang yang sama terpilih menjadi sampel dan setiap jantina dapat diwakili. Selain itu, teknik ini digunakan untuk memastikan setiap pejabat cawangan JNJK mempunyai wakil yang mencukupi untuk dibuat kajian di samping dapat mengawal kesahan dalaman sampel. Sampel yang dipilih ini didapati dapat mewakili populasi Jemaah Nazir yang dikaji.

    Didapati tiada ralat sumber yang nyata dilakukan oleh pengkaji di dalam kajian beliau. Sedikit ralat mungkin akan berlaku daripada maklum balas responden terhadap soal selidik yang dilakukan. Responden mungkin memberikan jawapan yang tidak tepat di dalam borang soal selidik yang diedarkan. Ini telah dikawal oleh pengkaji dengan mengedarkan jumlah soal selidik dalam bilangan yang banyak iaitu sebanyak 164.

    Kaedah secara statistik digunakan di dalam kajian ini. Penganalisisan data dibuat menggunakan program SPSS versi 16. Objektif kajian dianalisis dengan menggunakan statistik Analisis Varians (ANOVA), analisis Varians Multivariat (MANOVA) dan Regresi Berganda (Stepwise). Kaedah in telah menunjukkan setiap item yang dikaji mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi. Pengkaji telah menggunakan pelbagai kaedah statistik bagi menjawab objektif seperti yang dikemukakan di bahagian masalah kajian. Kaedah yang digunakan adalah bersesuaian dan sepadan dengan matlamat kajian untuk memperoleh nilai secara statistik terhadap persoalan kajian dan menguji hipotesis sama ada mempunyai hubungan yang signifikan atau tidak.

    Keputusan kajian dipersembahkan dengan jelas berdasarkan analisa yang dilakukan. Keputusan kajian dihuraikan secara terperinci kepada dua bahagian iaitu Rumusan Analisis Faktor Demografi dan Rumusan Analisis Objektif Kajian. Daripada Rumusan Analisis Faktor Demografi, Kajian ini mendapati sebanyak 66.5% responden berpengalaman dalam penaziran iaitu sekurang-kurangnya berpengalaman empat tahun dan lebih dalam menaziri sekolah. Dari sudut latihan yang diperlukan NS, didapati mereka memerlukan latihan atau kursus berkaitan pengurusan kurikulum dan pengurusan kepimpinan organisasi berbanding kursus lain iaitu kursus pengurusan HEM dan pengurusan kokurikulum sekolah. Walau bagaimanapun, sungguhpun NS terdiri daripada profil yang pelbagai serta amat berpengalaman, kajian mendapati sebanyak 58.5% NS masih memerlukan kursus penulisan laporan bagi sesuatu pemeriksaan sekolah yang dijalankan. Manakala daripada Rumusan Analisis Objektif Kajian,
terdapat dua pembolehubah kompetensi NS didapati menyumbang kepada kemahiran NS menilai kualiti pengurusan sekolah iaitu pemboleh ubah memberi khidmat profesional dan mengurus diri. Pada pendapat saya, kajian ini telah menunjukkan bahawa masih terdapat kelemahan di dalam Jemaah Nazir yang perlu diberi penambahbaikan supaya tahap profesionalisme di kalangan mereka tidak diragui oleh banyak pihak.

    Terdapat kekangan yang dihadapi oleh pengkaji dalam menjalankan kajian ini. Pengkaji mendapati bilangan yang tidak seimbang dalam populasi nazir sekolah (NS) dari segi jantina. Bagi mengatasi keadaan ini, pengkaji menggunakan Teknik Pensampelan Rawak Berstrata.    

    Kesimpulan kajian dinyatakan dengan jelas. Ini disokong dengan persembahan data-data yang dianalisis secara statistik iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi. Secara keseluruhannya, NS merasakan mereka mempunyai kemahiran dan keyakinan yang amat tinggi bagi menaziri sekolah. Walau bagaimanapun, pihak pegawai atasan NS mendapati sebaliknya iaitu NS hanya mempunyai kemahiran dan keyakinan yang tinggi dalam menaziri sekolah. Selain itu, didapati juga NS mempunyai tahap keyakinan yang amat tinggi berbanding tahap kemahiran bagi menaziri sekolah. Dari perspektif pegawai atasan, sebilangan kecil NS mempunyai tahap keyakinan dan kemahiran yang amat tinggi. Manakala sebahagian besar NS belum mencapai tahap kompetensi yang unggul bagi menaziri sekolah. Ini bermakna kewibawaan NS mudah dipertikaikan oleh pihak lain. Didapati juga, faktor pengalaman menaziri sekolah adalah lebih penting berbanding faktor jantina bagi menaziri sekolah. Selain itu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap kemahiran dan keyakinan peribadi NS dengan kemahiran menilai kualiti pengurusan sekolah dalam kalangan NS. Terdapat korelasi positif yang sederhana kuat antara tahap kemahiran dan keyakinan kompetensi peribadi NS dengan tahap kemahiran menilai kualiti pengurusan sekolah dalam kalangan NS. Faktor kemahiran memberi khidmat profesional dan kemahiran mengurus diri adalah penyumbang utama (R2=52.3%) NS menaziri kualiti pengurusan sekolah. Kajian ini menunjukkan bidang penaziran menuntut kepada pengalaman, kemahiran memberi khidmat sokongan dan mengurus diri di kalangan Nazir Sekolah. Ini dapat menjamin tahap kompetensi yang tinggi di kalangan jemaah nazir dalam membuat penilaian terhadap kualiti sesuatu sekolah.


 


 


 

.

    

Comments

Popular posts from this blog

KERTAS KERJA PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR-PELAJAR PERSATUAN SAINS SMK SULTAN YAHYA PETRA 1 KE IPOH DAN TAIPING PADA 7-9 APRIL 2011   PENDAHULUAN Lawatan sambil belajar pelajar-pelajar Persatuan Sains SMK Sultan Yahya Petra 1, Kelantan ke Ipoh dan Taiping, Perak terdiri daripada 30 orang pelajar dan 3 orang guru sains. Matlamat Persatuan Sains ini diperkenalkan di SMK Sultan Yahya Petra 1 adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai minat yang tinggi di dalam bidang sains, seterusnya dapat memberikan pendedahan tentang kerjaya di dalam bidang sains dan teknologi.   Dalam usaha mencapai matlamat ini, Persatuan Sains mengambil inisiatif untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke beberapa tempat yang menarik dan sesuai dengan bidang sains dan teknologi. Oleh yang demikian, Institut Penyelidikan Veterinar, Jabatan Geosains dan Mineral serta Bukit Merah Resort menjadi destinasi pilihan kerana terdapat pelbagai contoh yang boleh memberikan pengetahuan serta pengalaman baru dalam bidan

KEPENTINGAN IKLIM SEKOLAH YANG POSITIF

Definisi iklim sekolah yang positif Ciri-ciri sekolah seperti struktur fizikal bangunan dan interaksi antara pelajar dan guru-guru merupakan dua faktor besar yang mempengaruhi dan membantu dalam member takrifan terhadap konsep iklim sekolah yang sangat luas ini. Iklim sekolah telah dikaji oleh para pengkaji beberapa tahun yang lalu dan masih lagi berterusan untuk dikenalpasti dan diperhalusi lagi sebagai satu keputusan yang signifikan yang mempengaruhi hasil-hasil dalam bidang pendidikan. Halpin dan Croft (1963) yang merupakan perintis dalam kajian iklim sekolah mengatakan bahawa iklim sekolah menggambarkan personaliti seseorang individu sendiri dan bagaimana guru tersebut berusaha untuk mencapai tahap organisasi iklim sekolah berkenaan. Seterusnya, Howard (1974) mendefinisikan iklim sekolah sebagai keadaan sosial dan budaya sekolah itu yang mempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya. Pusat Perkembangan Kurikulum (1981) mendefinisikan iklim sekolah sebagai suasana sekolah yan

PENGURUSAN STRATEGIK DAN IKLIM SEKOLAH MEMPENGARUHI KEPUASAN KERJA GURU

PENGENALAN Tugasan ini membincangkan mengenai perhubungan antara pengurusan strategik dan iklim sekolah terhadap kepuasan kerja. Di dalam tugasan ini, terdapat dua pembolehubah yang tidak bersandar iaitu pengurusan strategik dan iklim sekolah. Manakala, pembolehubah yang bersandar adalah kepuasan kerja guru. Perkaitan antara dua jenis pembolehubah ini dibaincangkan bagi melihat sama ada terdapat perhubungan yang signifikan ataupun tidak   2.0    KONSEP PENGURUSAN STRATEGIK 2.1    Definisi Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan strategik? Terdapat pelbagai definisi yang diberikan tentang konsep ini. Dua istilah penting di sini iaitu 'pengurusan' dan 'strategik' membawa pengertian yang mendalam dan penting di mana gabungan kedua-duanya pula menjelaskan proses pengurusan yang kritikal yang berlaku dalam mana-mana organisasi. Menurut Peter Drucker (1972), pengurusan ialah satu proses sosial yang dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli