Skip to main content

Jurnal review SGDU6073

Tajuk Jurnal: The Effect Of Company Size On The Relationship Between TQM Strategy And Organizational Performance

Oleh: Milé Terziouski dan Danny Samson

Department Of Management, Monash University, Australia

Department Of Management, University Of Melbourne, Australia


 

    Daripada pembacaan yang dibuat, pernyataan masalah tidak dinyatakan dengan jelas. Tetapi, dapat dilihat daripada bab pengenalan yang dibuat oleh pengkaji. Pengkaji mengkaji kesan saiz syarikat terhadap perhubungan antara strategi TQM dan prestasi organisasi kerana masih terdapat kekeliruan, kekecewaan dan keadaan yang tidak pasti untuk mengaplikasikan peranan serta nilai perniagaan di dalam TQM. Kajian ini juga dilakukan berdasarkan pelbagai tinjauan literatur sebelumnya yang menunjukkan hasil kajian yang sangat berbeza-beza di dalam pencapaian pelaksanaan TQM. kajian ini dijalankan untuk menunjukkan jurang dan percanggahan yang terdapat di dalam tinjauan literatur sebelumnya. Ini dicapai dengan menyiasat perkaitan antara TQM dan pencapaian organisasi dengan menggunakan faktor saiz syarikat sebagai ko-varians. Saya berpendapat ianya sangat penting bagi pengurus sesebuah organisasi untuk berfikir sedalam-dalamnya tentang penggunaan TQM sebagai satu strategi di dalam perniagaan dengan mengambil kira faktor-faktor luaran.

    Secara teori, pengkaji ingin melihat sama ada saiz syarikat dapat mempengaruhi kejayaan dalam perlaksanaan TQM atau tidak. Menurut Deming, proses transformasi adalah peranan setiap ahli di dalam sesuatu organisasi. Ini menunjukkan perkaitan yang positif antara bilangan ahli (pekerja) dengan kejayaan pelaksanaan model TQM. Pada pendapat saya, permasalahan yang ingin dikaji oleh pengkaji ini mempunyai rasional secara teorinya. Konsep menyeluruh yang ada dalam model TQM ini perlu dilihat dari aspek saiz sesebuah organisasi. Semakin besar sesebuah organisasi, semakin besar bilangan penyumbang transformasi bagi mencapai matlamat memenuhi keperluan pelanggan melalui hasil atau servis yang berkualiti.

    Pada pendapat saya, kajian ini dapat menunjukkan bahawa pelaksanaan model TQM dapat mempengaruhi pencapaian sesebuah organisasi. Sesebuah organisasi yang besar dilihat dapat mengamalkan model TQM dengan lebih baik jika dibandingkan dengan sesebuah organisasi yang kecil. Pada pendapat saya, kajian ini boleh memberi panduan kepada sesebuah organisasi di pelbagai peringkat bagi menjadikan TQM sebagai satu strategi untuk mencapai matlamat di dalam perniagaan. Kajian ini boleh digunakan untuk membuat perbandingan sahaja bagi sesuatu syarikat yang mengamalkan model TQM di dalam pengurusan mereka. Pada pendapat saya, kejayaan pelaksanaan TQM bukan sahaja dipengaruhi faktor saiz syarikat semata-mata tetapi perlu dilihat dari pelbagai aspek seperti pengurusan sumber manusia dan penambahbaikan berterusan.

    Pada pendapat saya, pengkaji telah melakukan tinjauan literasi terhadap beberapa kajian terdahulu dengan baik. Ini kerana, tinjauan literatur yang dibuat mengandungi asas-asas konseptual dan teori yang tersirat tentang bidang kajian. Ini ditunjukkan oleh kajian oleh Spencer (1995) yang mengkaji kaitan TQM terhadap mekanistik, pengorganisasian dan budaya sebagai satu cara mengurangkan jurang TQM dan Teori Pengurusan. Selain itu, pengkaji telah membuat tinjauan literatur yang mengandungi dapatan penting yang terkandung dalam bidang kajian seperti kajian yang dijalankan oleh Powell (1995). Tinjauan literasi yang digunakan juga mempunyai rasional dan tujuan bagi kajian yang bakal dikaji oleh pengkaji. Ini, sertakan oleh contoh kajian oleh Forker (1996) yang menyiasat tentang sumbangan pengurusan berkualiti terhadap prestasi perniagaan.

        Pengkaji telah menyatakan hipotesis dengan jelas berdasarkan kepada pemboleh ubah-pemboleh ubah yang ingin dikaji. Hipotesis yang dikemukakan adalah baik kerana ia dinyatakan di dalam bahasa yang ringkas dan jelas. Selain itu, hipotesis yang dikemukakan adalah munasabah (reasonable) dan boleh dikaji. Contoh hipotesis yang diberikan oleh pengkaji adalah:

  • H1: TQM mempunyai hubungan yang signifikan dan positif terhadap prestasi organisasi.
  • H2: kekuatan antara TQM dan prestasi syarikat dilemahkan apabila mengambil kira saiz syarikat sebagai ko-varians.

    Definisi secara operasi tidak dinyatakan dengan jelas di dalam kajian ini. Pengkaji tidak menyertakan kerangka khusus yang dijalankan bagi menunjukkan kepada pembaca proses yang dibuat bagi menjawab persoalan yang hendak dikaji. Kutipan data yang dibuat telah dapat mendefinisikan secara operasi tentang bidang yang dikaji. Ini membolehkan pengkaji membuat analisis dan keputusan dengan baik.

    Pengkaji telah menggunakan kaedah yang bersesuaian dan telah dapat menjawab persoalan yang dikemukakan. Kaedah kajian menggunakan model TQM daripada 40 pemboleh ubah tidak bersandar (item-item) yang diambil daripada Australian Manufacturing Council (AMC). Setiap item diukur menggunakan Skala Likert dan Ujian Kebolehpercayaan (nilai Cronbach Alpha= 0.8). Kaedah penyelidikan secara deskriptif ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen untuk mengkaji pemboleh ubah bersandar iaitu pencapaian organisasi. Juga dilakukan analisis secara ANOVA dan ANCVA. Kaedah ini bersesuaian bagi mendapatkan deskripsi teliti tentang persoalan yang dikaji.

    Pengkaji menjalankan kajian menggunakan sampel pekerja pembuatan di Australia dan New Zealand. Sampel yang digunakan adalah besar iaitu sebanyak 3962 responden termasuk pekerja-pekerja senior. Kaedah Persampelan Berstrata ini digunakan berdasarkan 12 kod industri (ASIC dan NZSIC) dan 3 kategori saiz syarikat. Bilangan sampel yang banyak ini dapat mewakili populasi pekerja pembuatan di kedua-dua buah negara.

    Daripada pembacaan saya, didapati tiada ralat sumber yang nyata dilakukan oleh pengkaji di dalam kajian beliau. Sedikit ralat mungkin akan berlaku daripada maklum balas responden terhadap soal selidik yang dilakukan. Responden mungkin memberikan jawapan yang tidak tepat di dalam borang soal selidik yang diedarkan. Ini telah dikawal oleh pengkaji dengan mengedarkan jumlah soal selidik dalam bilangan yang banyak.

    Kajian yang dilakukan ini menggunakan teknik statistik untuk menganalisis data. Analisis varians (ANOVA) digunakan untuk menguji hipotesis pertama. Ujian ini bersesuaian kerana kajian ini melibatkan ujian perbezaan skor antara kumpulan. Pengkaji ingin mengkaji sama ada terdapat perkaitan antara model TQM dengan prestasi sesebuah organisasi atau tidak. Terdapat juga Ujian Kebolehpercayaan yang dibuat terhadap item-item yang dipilih bagi pemboleh ubah tak bersandar. Analisis kovarians (ANCVA) digunakan terhadap hipotesis kedua. Kaedah ini wajar kerana pengkaji ingin membandingkan kesan pemboleh ubah yang digunakan terhadap persoalan kajian.    Keputusan kajian ini dibentangkan dengan jelas sekali setelah data dianalisis secara statistik. Keputusan kajian ini menerima kedua-dua hipotesis yang dikemukakan oleh pengkaji sebelumnya. Ia juga konsisten dengan kajian kajian literatur yang dibuat oleh pengkaji seperti GAO Study (1991) dan Powell (1995).

    Kesimpulan daripada kajian ini dinyatakan dengan jelas. Ini disokong pula oleh persembahan analisis data mengenai kesahihan kajian. Kajian ini menyimpulkan bahawa TQM mempunyai signifikan dan kesan positif terhadap pencapaian perniagaan, pencapaian operasi, pencapaian pekerja dan kepuasan pelanggan. TQM juga mempunyai impak yang lebih besar terhadap pengurangan kadar kecacatan dan kos jika dilaksanakan terhadap organisasi yang lebih besar. Data yang dibentangkan telah menyokong kesimpulan yang dibuat oleh pengkaji. Pengkaji juga tidak terlalu membuat kesimpulan secara umum kerana hasil kajian ini adalah konsisten dengan beberapa literasi yang dikaji. GAO Study,1991; Garwin,1988)

    Batasan kajian merujuk kepada potensi kelemahan dan kekangan sesuatu kajian. Pengkaji telah menyatakan batasan bagi kajian ini iaitu walaupun kesahan di dalam konstruk model TQM adalah sangat tinggi, tetapi ia tidak mencapai kesempurnaan. Kajian lanjut diperlukan bagi memperhalusi lagi konstruk yang digunakan di samping elemen yang dijamin. Faktor masa juga menjadi batasan bagi kajian ini kerana penulis menyatakan bahawa penggunaan hipotesis seperti kajian ini perlu mengambil kira perbandingan sebelum atau selepas pelaksanaan TQM.

Comments

Popular posts from this blog

KERTAS KERJA PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR-PELAJAR PERSATUAN SAINS SMK SULTAN YAHYA PETRA 1 KE IPOH DAN TAIPING PADA 7-9 APRIL 2011   PENDAHULUAN Lawatan sambil belajar pelajar-pelajar Persatuan Sains SMK Sultan Yahya Petra 1, Kelantan ke Ipoh dan Taiping, Perak terdiri daripada 30 orang pelajar dan 3 orang guru sains. Matlamat Persatuan Sains ini diperkenalkan di SMK Sultan Yahya Petra 1 adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai minat yang tinggi di dalam bidang sains, seterusnya dapat memberikan pendedahan tentang kerjaya di dalam bidang sains dan teknologi.   Dalam usaha mencapai matlamat ini, Persatuan Sains mengambil inisiatif untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke beberapa tempat yang menarik dan sesuai dengan bidang sains dan teknologi. Oleh yang demikian, Institut Penyelidikan Veterinar, Jabatan Geosains dan Mineral serta Bukit Merah Resort menjadi destinasi pilihan kerana terdapat pelbagai contoh yang boleh memberikan pengetahuan serta pengalaman baru dalam bidan

KEPENTINGAN IKLIM SEKOLAH YANG POSITIF

Definisi iklim sekolah yang positif Ciri-ciri sekolah seperti struktur fizikal bangunan dan interaksi antara pelajar dan guru-guru merupakan dua faktor besar yang mempengaruhi dan membantu dalam member takrifan terhadap konsep iklim sekolah yang sangat luas ini. Iklim sekolah telah dikaji oleh para pengkaji beberapa tahun yang lalu dan masih lagi berterusan untuk dikenalpasti dan diperhalusi lagi sebagai satu keputusan yang signifikan yang mempengaruhi hasil-hasil dalam bidang pendidikan. Halpin dan Croft (1963) yang merupakan perintis dalam kajian iklim sekolah mengatakan bahawa iklim sekolah menggambarkan personaliti seseorang individu sendiri dan bagaimana guru tersebut berusaha untuk mencapai tahap organisasi iklim sekolah berkenaan. Seterusnya, Howard (1974) mendefinisikan iklim sekolah sebagai keadaan sosial dan budaya sekolah itu yang mempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya. Pusat Perkembangan Kurikulum (1981) mendefinisikan iklim sekolah sebagai suasana sekolah yan

PENGURUSAN STRATEGIK DAN IKLIM SEKOLAH MEMPENGARUHI KEPUASAN KERJA GURU

PENGENALAN Tugasan ini membincangkan mengenai perhubungan antara pengurusan strategik dan iklim sekolah terhadap kepuasan kerja. Di dalam tugasan ini, terdapat dua pembolehubah yang tidak bersandar iaitu pengurusan strategik dan iklim sekolah. Manakala, pembolehubah yang bersandar adalah kepuasan kerja guru. Perkaitan antara dua jenis pembolehubah ini dibaincangkan bagi melihat sama ada terdapat perhubungan yang signifikan ataupun tidak   2.0    KONSEP PENGURUSAN STRATEGIK 2.1    Definisi Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan strategik? Terdapat pelbagai definisi yang diberikan tentang konsep ini. Dua istilah penting di sini iaitu 'pengurusan' dan 'strategik' membawa pengertian yang mendalam dan penting di mana gabungan kedua-duanya pula menjelaskan proses pengurusan yang kritikal yang berlaku dalam mana-mana organisasi. Menurut Peter Drucker (1972), pengurusan ialah satu proses sosial yang dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli